Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam & Pesara Tahun 2023

Photo of author

By admin

BANTUAN%20KHAS%20PENJAWAT%20AWAM
TELEGRAM%20PENAGRADUAN

Bantuan Khas Penjawat Awam & Pesara Tahun 2023

Kerajaan mengumumkan pemberian bantuan khas penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, bantuan khas penghargaan sebanyak RM200 pula akan diberikan kepada pesara kerajaan, termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.



Katanya, bantuan yang memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam dan lebih sejuta pesara itu akan diberikan dalam tempoh dua minggu dan sebagai permulaan sementara menunggu proses pelarasan gaji dan elaun penjawat awam selesai diperincikan.

Baca Juga :


“Sementara kajian gaji dan elaun diperincikan, kerajaan akan menyediakan bantuan khas penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah serta RM200 kepada pesara kerajaan.

“Saya arahkan Kementerian Kewangan agar dapat meluluskan dan menyalurkan bantuan khas ini dalam tempoh dua minggu dari sekarang.

“Dengan pemberian permulaan ini, diharap penjawat awam akan terus berusaha gigih untuk menyokong hasrat melaksanakan pembaharuan Ekonomi MADANI, memberi perkhidmatan terbaik, sekali gus membantu ruang fiskal kerajaan agar hasrat kerajaan untuk merealisasikan gaji baharu perkhidmatan awam menjadi kenyataan,” katanya.



Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat di sini, hari ini.
bantuan%20penjawat%20awam



Tarikh Bantuan

Bantuan ini akan disalurkan dalam tempoh 2 minggu lagi dari hari ini (jangkaan sekitar minggu pertama atau minggu kedua bulan Ogos).

“Saya telah mengarahkan Kementerian Kewangan supaya meluluskan dan menyalurkan bantuan ini dalam tempoh dua minggu dari sekarang.”

Ini bermaksud penjawat awam dan pesara yang layak menerima bantuan Khas Penghargaan ini sebelum 10 Ogos 2023.




Baca Juga :

Jumlah Bantuan

Jumlah Bantuan yang diterima adalah seperti berikut :

1. RM300 kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah termasuk pegawai/kakitangan lantikan kontrak.

2. RM200 kepada pesara Kerajaan (pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Skim Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP), veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

Maklumat Lanjut & Lain-lain Inisiatif Yang Diumumkan



Maklumat lanjut berkaitan pemberian bantuan ini boleh dirujuk melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Di samping itu, terdapat beberapa inisiatif yang diumumkan PM sebentar tadi. Antaranya:

1) Kredit e-tunai RM100 kepada rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.
2) Tambahan RM100 juta geran padanan digitalisasi bagi membantu PMKS
3) Biasiswa dan pendidikan sekolah berasrama penuh akan mengutamakan golongan berpendapatan rendah
4) Tambahan RM400 juta pinjaman mikro
5) Tambahan RM800 juta bagi penyelesaian jangka pendek isu air di Kelantan dan Sabah.
6) Bantuan khas penghargaan RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah serta RM200 kepada pesara Kerajaan
7) Menyediakan jaminan pembiayaan sehingga 120% dari harga rumah bernilai sehingga RM300,000

TELEGRAM%20PENAGRADUAN