Bantuan MyKasih : Semakan Kelayakan Bantuan MyKasih RM1,200

Photo of author

By admin

BANTUAN MYKASIH : SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH RM1,200

Setiap penerima yang disahkan layak akan menerima bantuan melalui Mykasih sebanyak RM100 setiap bulan (bagi penerima di Semenanjung Malaysia). Bantuan yang disalurkan ini dapat sedikit sebanyak membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk membeli barangan keperluan asas.

Program ini menyasarkan untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI.

Kerajaan telah memperuntukan bagi program subsidi bersasar itu bertambah lima kali ganda berbanding peruntukan tahun lalu dengan jumlah terkini RM700 juta berbanding RM130 juta tahun lalu.

BANTUAN MYKASIH

MyKasih Foundation adalah organisasi NGO tempatan yang ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Tan Sri Dr Ngau Boon Keat dan isterinya Puan Sri Jean dengan misi untuk membantu keluarga dan pelajar miskin.

BANTUAN MYKASIH

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN MYKASIH 2024

Adalah terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :

• Warganegara Malaysia;
• Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
• Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

Artikel Trending :

JUMLAH PERUNTUKAN BANTUAN MYKASIH 2024

Program MyKasih bagi tahun 2024 dijangka memanfaatkan lebih 700,000 penerima dengan peruntukan RM700 juta berbanding tahun 2023, iaitu hanya 210,000 penerima dengan perbelanjaan RM130 juta.

Ini melibatkan peningkatan peruntukan lebih lima kali ganda berbanding tahun lepas. Di bawah program ini, penerima yang layak boleh membeli barang keperluan asas terpilih dengan menggunakan myKAD di kedai-kedai runcit berdaftar.

TARIKH PENERIMAAN BANTUAN MYKASIH 2024

Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 / RM50 secara bulanan selama 12 bulan menerusi Kad Pengenalan (MyKad) penerima untuk membeli barang keperluan asas terpilih.

Pembayaran pertama akan dilakukan bermula 22 Januari 2024 manakala bayaran seterusnya bermula Februari 2024 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 hari bulan setiap bulan sehigga bayaran akhir pada 1 Disember 2024.

CHECK STATUS NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH 2024

1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih; atau klik pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
2. Pada halama utama Portal Mykasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
5. Tekan butang [Semak Status].
6. Status anda akan dipaparkan.
7. Selesai.

semakan status

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN PERMOHONAN MYKASIH 2024

Berikut adalah dokumen sokongan yang diperlukan untuk permohonan :

Pemohon :

• Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh JAIN / JPN; atau
• Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
• Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh JAIN / JPN; atau
• Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah.

Pasangan :

• Salinan pengenalan pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
• Salinan pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan / Sijil lahir / KP lama
Anak :
• Anak Kandung Salinan MyKad / MyKID dan Salinan Sijil Lahir yang dikeluarkan oleh JPN; atau
• Anak Angkat Salinan MyKad / MyKID dan Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

SARA :

• Talian MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1800
• Email : [email protected]

STR :

• Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
• Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
• E-mel : [email protected]