Bantuan Tambahan RM500 Kepada Semua Pencarum Tahun 2023

Photo of author

By admin

BANTUAN%20KWSP%20RM500
TELEGRAM%20PENAGRADUAN

Bantuan KWSP RM500 Secara One-Off. Rujuk Syarat Permohonan & Cara Mohon

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Untuk meningkatkan simpanan persaraan dan memastikan masa depan yang lebih baik, kerajaan telah mengambil inisiatif terkini untuk menambah RM500 kepada caruman KWSP



Berikut disediakan beberapa info penting berkaitan dengan bantuan tambahan caruman KWSP RM500. Semoga bermanfaat.

Bantuan RM500 KWSP

Di bawah Belanjawan 2023, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk memperkenalkam bantuan tambahan caruman KWSP sebanyak RM500 secara ‘one-off’.

Bantuan ini akan dikreditkan ke Akaun 1 KWSP pencarum yang berumur antara 40 hingga 54 tahun dengan simpanan KWSP kurang daripada RM10,000.

Pelaksanaan bantuan ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM1 bilion dan akan memanfaatkan hampir 2 juta ahli badan kewangan berkenaan.
rm500%20kwsp

i-Saraan KWSP

Dalam masa sama, pihak Kerajaan turut memperkenalkan Insentif Persaraan (i-Saraan) yang membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan golongan yang tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman secara sukarela untuk tujuan persaraan, dan pada masa yang sama menerima caruman tambahan sebagai insentif daripada pihak kerajaan.

Antara manfaat utama i-Saraan adalah:
1. Boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang ditetapkan;
2. Menyediakan saluran persaraan untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap;
3. Mencarum pada apa-apa amaun, pada bila-bila masa mengikut kemampuan kewangan masing-masing;
4. Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan;
5. Mendapat pelepasan cukai pendapatan;
6. Bantuan Kematian: RM2,500 (tertakluk kepada terma dan syarat KWSP)

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan Belanjawan 2023 dan KWSP, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan.



isaran

Syarat Kelayakan

Berikut syarat kelayakan untuk memohon bantuan tambahan caruman KWSP :

1. Warganegara Malaysia
2. Berumur di bawah 60 tahun
3. Orang yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap
4. Orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja
5. Orang yang tiada pendapatan tetap, termasuk suri rumah
6. Ahli KWSP
7. Telah membuat pilihan i-Saraan & menghantar borang KWSP 16G(M)

*Nota: Suri rumah hanya dibenarkan memilih satu (1) insentif sahaja pada satu masa. Jika anda telah mendaftar dengan Insentif Suri (Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP), anda perlu membatalkannya sebelum membuat permohonan baru bagi i-Saraan. Walau bagaimanapun ianya adalah bergantung kepada kelayakan pemohon.



Baca Juga :


Cara Memohon

✅Untuk mendaftar i-Saraan:
I. Pemohon perlu download dan isi borang i-Saraan KWSP 16G(M)



II. Pendaftaran perlu dibuat secara dalam talian di Portal Pendaftaran i-Saraan atau Kaunter KWSP

Pembayaran boleh disalurkan melalui:
I. Perbankan internet melalui Maybank, RHB Bank, Public Bank, Bank Muamalat, Alliance Bank, Hong Leong Bank, Bank Islam, CIMB Bank dan MBSB Bank
II. Kaunter ejen bank (tunai / cek) melalui BSN, Maybank, Public Bank, RHB Bank
III. Ejen bank berdaftar BSN
IV. Di mana-mana kaunter pembayaran KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar menggunakan Borang KWSP 6A (2)
V. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Senarai Pejabat dan Kios KWSP

Dokumen Sokongan

i. MyKad
ii. Borang i-Saraan – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
iii. Borang i-Saraan – KWSP 6A (2)


(Semasa bayaran)
iv. Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet (Penggunaan borang tidak diperlukan)

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk sebarang pertanyaan lanjut anda boleh layari soalan lazim (FAQ) berkaitan dengan bantuan tambahan RM500 di laman rasmi i-Saraan FAQ.

Sеkіrаnуа anda mеmрunуаі ѕеbаrаng pertanyaan bеrkеnааn реngеluаrаn ѕеbаhаgіаn KWSP, ѕіlа hubungі :
Telefon : 03-8922 6000
Fаkѕ : 03-8922 6222
Lаmаn Wеb KWSP : httрѕ://www.kwѕр.gоv.mу/mѕ/hоmе
Masa Oреrаѕі KWSP : Isnin – Jumааt (8:00 Pаgі – 5:00 Pеtаng) kесuаlі раdа Sаbtu, Ahаd, Hаrі Kеlераѕаn Am Persekutuan dаn Hаrі Kelepasan Selangor

TELEGRAM%20PENAGRADUAN