Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM600
Terdapat beberapa penambahbaikan yang dapat dilihat dalam Belanjawan Madani 2023 menerusi STR maksimum sehingga RM3,100 sementara Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) berjumlah RM2,500.
Penambahbaikan ini melibatkan perincian, isi rumah, lima anak atau tiga anak dan kadar tambahan yang penting iaitu untuk miskin tegar, serta tambahan RM600 berbanding peruntukan awal.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Sumbangan Tunai Rahmah Tambahan serta kategori penerima yang layak.
Jumlah Bayaran STR Fasa 3
Berikut adalah jumlah bayaran STR Fasa 3 mengikut setiap kategori:
1. Isi Rumah Tiada Had Umur
Pendapatan < RM2,500
Tiada Anak: RM300
1 – 2 Anak: RM400
3 – 4 Anak: RM600
> 5 Anak: RM800
2. Pendapatan RM2,501 – RM5,000
Tiada Anak: 0
1 – 2 Anak: RM150
3 – 4 Anak: RM200
> 5 Anak: RM250
3. Bujang
Warga Emas Sebatang Kara > 60 Tahun: RM200
Bujang 21 – 59 Tahun: RM150
Bujang OKU 19 – 59 Tahun: RM150
Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
Kategori Yang Layak Menerima STR Tambahan SARA
Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar.
Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:
penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan
Baca Juga :
Semakan Kelayakan Bantuan Tambahan STR 2023
Bagi yang tidak pasti sama ada anda tersenarai dalam eKasih, sila semak pendaftaran di pautan berikut https://ekasih.icu.gov.my/
Kaedah Penyaluran Bantuan Tambahan STR @ SARA
Sumbangan tambahan akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas.
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diagihkan melalui pengkreditan ke Kad Pengenalan bagi mereka yang layak dengan pembelian barangan makanan di pasaraya terpilih (maklumat mekanisme terperinci akan dikemaskini dari semasa ke semasa).
Tarikh Bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ini akan disalurkan bermula bulan Julai hingga Disember 2023.
Sila rujuk jadual berikut :
SARA 1 – Julai 2023 (RM100)
SARA 2 – Ogos 2023 (RM100)
SARA 3 – September 2023 (RM100)
SARA 4 – Oktober 2023 (RM100)
SARA 5 – November 2023 (RM100)
SARA 6 – Disember 2023 (RM100)
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi maklumat lanjut.