Cara Mohon i-Saraan KWSP RM250 Kepada Individu Yang Bekerja Sendiri / Suri Rumah

Photo of author

By admin

I%2BSARAAN%2BKWSP

Apa Itu i-Saraan KWSP 

i-saraan merupakan caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan (i-Saraan) membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman sukarela untuk tujuan persaraan, dan pada masa yang sama menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan.

Sebagai ahli di bawah insentif ini, anda akan menerima sumbangan Kerajaan sebanyak 15% (jumlah maksimum sebanyak RM250/setahun [berkuatkuasa 1 Januari 2018]) ke atas caruman anda.

*Tidak termaktub kepada ahli yang menerima caruman tetap majikan.
*Sumbangan kerajaan adalah terhad kepada ahli yang berumur bawah 55 tahun.


Senarai Golongan Bekerja Sendiri 

  1. Petani / Nelayan / Pemandu teksi dan e-hailing
  2. Pengasuh bayi
  3. Ejen insurans dan hartanah
  4. Freelancer (penyanyi, pelakon, perunding, jurulatih kesihatan. deeajay)
  5. Pemilik perniagaan dalam talian
  6. Pemilik perniagaan
  7. Pemilik praktis sendiri (peguam, akauntan, doktor)
  8. Suri rumah
  9. Pekerja berpencen 

Syarat Permohonan i-Saraan KWSP

Berikut adalah syarat yang dikeluarkan untuk membuat permohonaan i-Saraan : 

  1. Warganegara Malaysia
  2. Bekerja Sendiri – Buat apa-apa kerja sendiri yang mendatang hasil bukanya pekerja
  3. Umur 55 Tahun Kebawah
  4. Ahli KWSP
  5. Telah buat pilihan i-Saraan dengan menghantar borang KWSP 16G(M)

* Peringatan Penting: Jika andaSuri rumah anda hanya dibolehkan pilih satu (1) insentif sahaja pada satu masa. Jika anda telah mendaftar dengan Insentif Suri (i-Suri), anda perlu membatalkannya sebelum membuat permohonan baru bagi i-Saraan. Walau bagaimanapun ianya adalah bergantung kepada kelayakan pemohon. 


isaraan


Cara Mohon i-Saraan KWSP

Jika anda layak dan nak baut pendaftaran sebagai ahli KWSP/i-Saraan anda boleh buat demikian di mana-mana kaunter KWSP berdekatan.

Apa yang diperlukan adalah seperti berikut :

  1. MyKad
  2. Borang i-Saraan – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
  3. Borang i-Saraan – KWSP 6A (2) (Semasa bayaran)
  4. Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet (Penggunaan borang tidak diperlukan)
  5. Minimum (RM sahaja) – Tiada had
  6. Maksimum (RM sahaja) RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)

Caruman sukarela ini bagi pendapat admin amatlah berguna lebih-lebih lagi bagi anda yang bekerja sendiri, atleast anda dah 55 tahun keatas nanti ada dah simpanan hasil caruman anda.


Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sebarang Pertanyaan dan info lanjut berkaitan i-Saraan KWSP bolehlah ke :

1. Laman Web Rasmi KWSP 
2. Pusat Pengurusan Perhubungan (03-89226000)