Kemaskini STR 2024 (Sumbangan Tunai Rahmah)-Panduan Kemaskini & Panduan Rayuan

Photo of author

By admin

Kemaskini STR-Kementerian Kewangan, telah mengumumkan bahawa pembayaran STR Fasa 1 telah mula disalurkan secara berperingkat pada 29 Januari 2024. Namun begitu masih ada juga yang gagal menerima bayaran bantuan STR kerana tidak melakukan kemaskini.

Dalam pada itu ramai juga yang tidak dapat menerima bantuan STR kerana tidak melakukan kemaskini maklumat. Menerusi bantuan ini, para penerima akan mendapat bayaran mengikut kriteria kelayakan masing-masing.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Tunai Rakyat (Sumbangan Tunai Rahmah) dan cara membuat RAYUAN & KEMASKINI MAKLUMAT STR dan semakan status.

____________________
70 Ribu Sudah Bergabung Di Channel Telegram Kami Untuk Dapat Info Bantuan Terkini. Join Sekarang!
____________________

Kemaskini STR 2024/Permohonan Baru

Ramai yang tertanya-tanya, sama ada mereka perlu membuat kemaskini sekiranya TIADA PERUBAHAN maklumat berbanding sebelum ini.

Pemohon yang perlu membuat kemas kini permohonan STR adalah seperti berikut:

1. Tidak mengemaskini permohonan tiga tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BSH 2020, BPR 2021 dan BKM 2022
2. Penerima STR Fasa 1 yang mempunyai perubahan maklumat terkini

Pemohon yang perlu membuat permohonan baharu STR adalah seperti berikut:

1. Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR; serta
2. Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
3. Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiadapasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.

Kemaskini STR

Baca Juga :

Proses Kemaskini STR 2024

Permohonan baru dan proses kemaskini STR 2024 boleh dibuat mengikut kaedah berikut:

PERMOHONAN DALAM TALIAN

Tempoh permohonan adalah sepanjang tahun mulai 1 November 2023

Kaedah Permohonan :

• Secara dalam talian di Portal STR 2024 : (https://bantuantunai.hasil.gov.my)
• Secara pengemukaan borang ke pejabat HASiL berdekatan.

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN : KLIK SINI

Sila klik untuk Kod Alasan Tidak Lulus dan Senarai Dokumen Sokongan yang perlu dimuatnaik ke dalam sistem semasa permohonan secara dalam talian atau dikemukakan ke Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Urban Transformation Centre (UTC) HASiL bagi Permohonan Semakan Semula (Rayuan) secara Borang Kertas.

Panduan Semakan / Kemaskini STR 2024

Untuk mengemaskini permohonan anda, sila rujuk panduan berikut:

LANGKAH 1

Sila layari portal rasmi STR 2024 di pautan rasmi Sumbangan Tunai Rahmah : https://bantuantunai.hasil.gov.my/#

str 2

Klik butang Log Masuk.

LANGKAH 2

Klik butang kemaskini maklumat dan muat naik dokumen yang berkenaan.

LANGKAH 3

kemaskini str 3

LANGKAH 4

Semak semula maklumat pemohon dan simpan salinan untuk rujukan anda.

photo 2024 02 07 17 07 51

BORANG KEMASKINI STR : DOWNLOAD

Pendaftaran MySTR

1. Klik MySTR dan pastikan no MyKad anda merupakan penerima fasa 1 STR 2023
2. Masukkan Maklumat Keselamatan
3. Masukkan Kata Kunci Keselamatan dan Kata Laluan
4. Pendaftaran berjaya

Semakan boleh dibuat pada menu Semakan Pembayaran Fasa 1 seperti berikut:

1. Klik Log Masuk MySTR
2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
4. Masukkan Kata Laluan
5. Klik Menu Semakan Pembayaran Fasa 1
6. Maklumat yang akan dipaparkan
• Nama Pemohon
• No Mykad Pemohon
• Status Permohonan
• Maklumat Pembayaran Fasa 1 (jika layak bayaran fasa 1)

Soalan Lazim Kemaskini STR 2024

Berikut adalah senarai Soalan Lazim STR 2024 yang dimuatnaik di laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah oleh LHDNM :

Muat turun PDF : DOWNLOAD

Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2024

Sekiranya nama pemohon tiada dalam pangkalan data STR, mereka perlu membuat permohonan bagi membolehkan proses verifikasi mengikut kategori kelayakan STR dimuktamadkan.

Tempoh permohonan Semakan Semula (RAYUAN) STR 2024 :

Mulai 29 Februari 2024

Cara Permohonan Rayuan STR 2024

1. Secara Dalam Talian-KLIK SINI
2. Secara Pengemukaan Borang Kertas ke pejabat LHDNM berdekatan.

Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2024 secara dalam talian boleh dibuat bagi semua pemohon yang berstatus Tidak Lulus kecuali Kod Duplikasi dan Kod 32 – Permohonan Dari Luar Negara Secara Dalam Talian.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila rujuk laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2024 atau terus semak lampiran Soalan Lazim melalui laman berikut-klik DI SINI

Jadual Perkhidmatan Kaunter BKK HASIL. (https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/JADUAL%20PERKHDIMATAN%20KAUNTER%20SUMBANGAN%20TUNAI%20RAHMAH%202024.pdf)