KWSP : 1.4 Juta Ahli KWSP Terima RM500 “One-Off” Caruman Tambahan

Photo of author

By admin

photo 2024 01 10 22 50 56
TELEGRAM%20PENAGRADUAN

1.4 Juta Ahli KWSP Terima RM500 One-Off Caruman Tambahan

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada Rabu mengumumkan telah mengkreditkan Insentif Caruman Tambahan Kerajaan berjumlah RM708 juta kepada 1.4 juta ahlinya yang berusia 40 tahun hingga bawah 55 tahun.

Dalam kenyataannya, dana persaraan itu berkata, insentif berkenaan diperuntukkan kepada kalangan individu yang mempunyai simpanan KWSP berjumlah RM10,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 masing-masing setakat 24 Februari 2023.

photo 2024 01 10 22 51 00


Caruman Tambahan RM500 Di Akaun 1 KWSP



Insentif caruman RM500 one-off ini, yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari 2023, bertujuan menggalakkan ahli KWSP yang mempunyai simpanan rendah dan menghampiri umur persaraan untuk terus menyimpan dan mempercepatkan pengumpulan simpanan persaraan mereka.

Ia sejajar dengan matlamat KWSP untuk meningkatkan kecukupan simpanan dan menyumbang secara signifikan kepada matlamat yang lebih luas untuk membina masa depan kewangan yang berdaya tahan.

photo 2024 01 10 22 51 03


Baca Juga :

Bantu Mencukupi Simpanan Di Hari Tua

Dalam pembentangan Bajet 2023 terdahulu, Kerajaan mengumumkan akan menambah caruman simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM500 kepada ahli yang mempunyai simpanan kurang RM10,000 dalam akaun satu.



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia membabitkan peruntukan hampir RM1 billion yang akan diberikan kepada hampir dua juta ahli yang berusia antara 40 hingga 54 tahun.

Menurutnya, selepas negara dibelenggu musibah pandemik Covid-19, rakyat beberapa kali mengorbankan simpanan hari tua mereka bagi menampung keperluan hidup sewaktu pandemik.

photo 2024 01 10 22 51 06



“Kini selepas rakyat beransur-ansur bangkit untuk membina semula kehidupan, kebanyakan rakyat menggunakan pendapatan diterima untuk menyara kehidupan sementara simpanan hari tua masih rendah.

“Kerajaan beriltizam untuk membantu rakyat membina semula simpanan persaraan mereka bagi memastikan simpanan yang ada kelak mencukupi untuk membiayai hari persaraan,” katanya pada pembentangan Belanjawan 2023 Malaysia Madani, di Dewan Rakyat, hari ini.

Cara Semakan Caruman Tambahan KWSP RM500 & Penyata di i-Akaun



Untuk membuat semakan pengkreditan wang caruman tambahan RM500 ini, anda boleh login ke i-Akaun.

Berikut dikongsikan langkah demi langkah:
1 Log masuk di pautan https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login (https://www.kwsp.gov.my/) menggunakan ID & Kata Laluan yang telah ditetapkan.
2 Klik tab ‘Akaun Peribadi’.
3 Pilih penyata bagi tahun yang dikehendaki dan tekan ‘Cari’.
4 Maklumat penyata akaun anda akan

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut tentang insentif Caruman Tambahan Kerajaan ini, ahli boleh rujuk Soalan Lazim (FAQ) di laman web rasmi KWSP di https://www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di 03-8922 6000.

Jika anda belum mendaftar sebagai pengguna i-Akaun, sila rujuk langkah pendaftaran di sini: i-Akaun KWSP: Daftar Online, Login & Semakan Penyata (Pengeluaran KWSP Secara Online Menggunakan i-Akaun)