MyLesen 2023 : Permohonan Bantuan Lesen Percuma Tahun 2023

Photo of author

By admin

MYLESEN
TELEGRAM%20PENAGRADUAN

Permohonan Bantuan Lesen Percuma (Mylesen) 2023: Syarat Kelayakan & Cara Permohonan

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.



Berikut kami kongsikan info info penting berkaitan dengan bantuan MyLesen 2023 merujuk kepada syarat kelayakan dan cara permohonan. Semoga bermanfaat

Bantuan Lesen Memandu Percuma (MyLesen)



Bantuan Lesen Memandu atau MyLesen adalah bantuan yang diberikan kepada golongan B40 dari seluruh negara. Melalui bantuan ini, golongan yang layak akan mendapatkan lesen motosikal secara percuma.

Segala kos dalam membuat lesen akan ditanggung oleh Kerajaan di bawah Belanjawan Madani 2023.

Program ini merupakan usaha Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk menaiktaraf kehidupan B40 dan membuka lebih peluang menjana pendapatan.
mylesen



Syarat Kelayakan & Permohonan

Syarat kelayakan dan permohonan adalah seperti berikut:
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 16 tahun ke atas
3. Sihat tubuh badan dan mental
4. Belum memiliki sebarang lesen memandu
5. Bebas daripada senarai hitam (JPJ, PDRM, & Mahkamah)
6. Penerima bantuan kerajaan (eKasih / Zakat / Baitulmal / JKM / JAKOA / LHDN) dan Golongan B40
7. Tanggungan kepada penerima bantuan layak memohon

*Sila kemukakan dokumen sokongan bagi pembuktian ke atas syarat yang ditetapkan.


1. MyLesen Melaka
mylesen2


2.  MyLesen Pahang

mylesen%20pahang

3. MyLesen Perak

mylesen%20perak


Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang maklumat atau aduan berkaitan boleh disalurkan melalui aplikasi e-Aduan@jpj atau kepada saluran Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) beserta butiran pengadu dan butiran aduan.



Kredit : Blog Rojak

TELEGRAM%20PENAGRADUAN