Penjawat Awam Terima Bantuan RM300 Mulai 25 September 2023

Photo of author

By admin

BANTUAN%20PENJAWAT%20AWAM
TELEGRAM%20PENAGRADUAN

Penjawat Awam Dapat Bantuan BKP RM300 25 September 2023

Penjawat awam negeri di Sabah menerima Bantuan Khas Penghargaan (BKP) RM300 yang akan dibayar pada 25 September ini.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Safar Untong menerusi surat Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bilangan Sembilan 2023 yang ditandatanganinya pada 5 September lalu.



Berdasarkan pekeliling berkenaan, pesara kerajaan negeri turut menerima bayaran BKP sebanyak RM200 yang sudah diberikan melalui Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia kepada penerimanya pada 10 Ogos lalu.

Baca Juga :


“Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Jemaah Menteri Siri 13/2023 pada 30 Ogos 2023 bersetuju untuk memberikan BKP Penjawat Awam Negeri sebanyak RM300 kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Negeri.

“BKP ini adalah bagi menghargai sumbangan dan sebagai suntikan semangat kepada penjawat awam negeri untuk berusaha lebih gigih demi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat,” katanya dalam pekeliling berkenaan.



Pekeliling itu dimuat naik dalam laman sesawang kerajaan Sabah sebagai makluman kementerian, jabatan dan agensi kerajaan negeri sejak 6 September lalu.

Sumber : HMetro.com


 
TELEGRAM%20PENAGRADUAN