Negeri Sarawak kini mempunyai berita baik kepada ibubapa dan pelajar-pelajar sekolah. Perkhidmatan bas sekolah percuma kini menjadi kenyataan. Kini anak-anak di Sarawak mendapat sedikit keselesaan dan perkhidmatan untuk pergi dan pulang sekolah. Perkhimatan bas sekolah percuma ini bemula sejak 3 Ogos 2020 lalu.
Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg selaku ketua menteri Sarawak telah melancarkan majlis pelancaraan perkhidmatan bas percuma. Menurut Datuk Patinggi Abang Johari, inisiatif kerajaan ini diharap dapat meringankan lagi beban ibubapa untuk menghantar anak-anak kesekolah sekaligus dapat mengurangkan kesesakan lalulintas di sekitar kawasan sekolah.
Objektif Program
1. Untuk mensejahterakan dan meringankan beban rakyat, khususnya yang berpendapatan rendah di bandar-bandar utama
2. Memudahkan anak-anak kesekolah dengan menaiki bas pecuma mengikut jadual dan waktu perjalanan bas selain dapat membantu mengurangkan kesesakan lalulintas di kawasan bandar.
Laluan Bas & Senarai Sekolah
Untuk melihat senarai dan laluan bas sekolah yang dilalui oleh bas sekolah percuma, boleh lihat pautan dibawah
Muat Turun Aplikasi
Untuk memudahkan dan menyenangkan pengguna untuk mengakses terus untuk melihat kedudukan bas yang terlibat, anda boleh memuat turun aplikasi dibawah