Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) : Syarat Penuh & Cara Mohon
Menerusi Rancangan Malaysia Ke Sebelas (RMKe11), Teras Kedua : Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat, program SPKR diteruskan sebagai salah satu touch point utama Kerajaan yang sentiasa prihatin menjaga kesejahteraan dan mendahulukan kebajikan rakyat.
SPKR merupakan salah satu program pembasmian kemiskinan luar bandar dalam memastikan kumpulan sasar (miskin dan miskin tegar) dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih baik.
Komponen SPKR meliputi bantuan rumah Program Perumahan Rakyat Termisksin PPRT, program latihan kemahiran dan program peningkatan pendapatan yang membentuk suatu pakej nilai tambah untuk memperkasa dan memberi keupayaan kumpulan sasar membentuk jati diri, menjana pendapatan sendiri selain memiliki kediaman yang selamat dan selesa.
Program Perumahan PPRT
Objektif utama PPRT diperkenalkan adalah untuk meningkatkan kualiti hidup keluarga miskin tegar dan miskin dengan membina atau membaik pulih rumah bagi menyediakan tempat kediaman yang lebih selamat dan selesa sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga
Baca Juga :
Skop Bantuan Program Perumahan Rakyat Termiskin PPRT
1. Bina Baharu
Bantuan untuk pembinaan rumah baharu kepada penerima yang tidak mempunyai rumah atau rumah yang didiami terlalu uzur, tidak selamat diduduki dan tidak ekonomik untuk dibaiki
2. Baik pulih
Baik pulih melibatkan 3 elemen berikut:
– Penyelenggaraan
– Penambahbaikan
– Requisition
Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen-komponen asas sebuah rumah
Bahan binaan yang digunakan hendaklah sama atau setara dengan spesifikasi bahan binaan Bina Baharu
Kumpulan Sasar Program Perumahan Rakyat Termiskin PPRT
Kumpulan sasar PPRT adalah Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan miskin yang ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa yang berkuat kuasa.
Kriteria kumpulan sasar penerima bantuan PPRT yang LAYAK adalah seperti berikut:
1. Disahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih); atau
2. Diperaku dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri; atau
3. Diperaku oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan; atau
4. Diperaku oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian
Syarat Program Perumahan Rakyat Termiskin PPRT
Bantuan Bina Baharu
1. tidak mempunyai rumah;
2. rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami;
3. tidak ekonomik untuk dibaiki;
4. memiliki tanah sendiri (pemilikan penuh); atau
5. pemilikan tanah sebahagian atau mendapat kebenaran menggunakan tanah daripada Tuan Tanah (tanah atas milik ibu/bapa/adik-beradik/saudara-mara yang mempunyai pertalian 7. darah dengan pemohon atau tanah Kerajaan atau tanah wakaf) dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah seperti di Lampiran B).
Baca Juga :
Bantuan Baik Pulih
1. Bantuan diberikan kepada peserta yang mempunyai rumah yang uzur atau rosak disebabkan oleh bencana dan masih ekonomik untuk dibaiki.
2. Mendapat kebenaran untuk membaik pulih bagi kes menumpang tanah milik orang lain/tanah milik sebahagian/tanah Kerajaan dengan mengemukakan Borang Kebenaran 3. Menggunakan Tanah seperti di Lampiran B.
Muat Turun Borang Kebenaran Menggunakan Tanah:
Muat Turun
Selain memenuhi kriteria-kriteria kelayakan di atas, keutamaan bantuan diberikan kepada:
– warga emas
– orang kurang upaya (OKU)
– ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan ramai
– mangsa bencana yang berskala kecil
– keutamaan pelaksanaan program adalah kepada negeri-negeri dan daerah yang mempunyai kadar kemiskinan tegar yang tinggi.
Cara Permohonan Program Perumahan Rakyat Termiskin PPRT
Permohonan PPRT secara atas talian (online) hendaklah diisi dengan teliti dan lengkap.
Sila sediakan maklumat berkaitan pemilikan harta / tanah, pendapatan, gambar Kad Pengenalan (depan dan belakang) dan gambar rumah semasa (sekiranya ada) sebelum menghantar permohonan.
Kegagalan pemohon untuk melengkapkan butir-butir yang dikehendaki boleh menjejaskan permohonan.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan Program Perumahan Rakyat Termiskin PPRT , anda boleh layari laman web PPRT atau hubungi Pihak Berkaitan di talian 03 8000 8000