Permohonan Rayuan STR. Cara Mohon & Borang Permohonan
Kepada yang tak lulus bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023, jangan risau kerana kerajaan akan buka permohonan rayuan bagi pemohon yang tidak layak STR.
Permohonan rayuan yang akan dibuka pada awal bulan Julai 2023 ini dapat membuka peluang untuk mereka dengan mengemukakan beberapa dokumen-dokumen sokongan bagi menepati syarat kelayakan STR.
Sila ikuti maklumat yang kami kongsikan berkaitan dengan bantuan rayuan STR tahun 2023.
Rayuan STR 2023
Akan tetapi, nampaknya ramai di kalangan rakyat Malaysia yang tidak diluluskan permohonan mereka sama ada bagi pembayaran Fasa 1, Fasa 2 atau Fasa 3.
Prihatin dengan perkara ini, pihak Kerajaan akan membuka Rayuan STR selama sebulan bermula pada 3 Julai sehingga 31 Julai 2023.
Kaedah rayuan itu pula boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui Portal Rasmi STR atau mengemukaan Borang Kertas ke pejabat LHDNM berdekatan.
Untuk maklumat lebih teliti berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/str.html
Proses Rayuan STR
Siapakah yang Layak Membuat Permohonan Rayuan? Permohonan dibuka kepada dua kategori pemohon yang layak:
1. Pemohon yang berstatus “Tidak Lulus STR” – Pemohon yang sebelum ini telah membuat permohonan STR tetapi tidak memenuhi syarat kelayakan.
2. Pemohon yang berstatus “Lulus STR” – Pemohon yang telah lulus STR tetapi ingin membuat rayuan berhubung dengan tambahan anak, perubahan status perkahwinan, atau perubahan pendapatan.
Semakan Status Tidak Lulus & Alasan
Semakan status kelulusan STR Fasa 3 dibuka mulai 26 Jun 2023.
Bagi mereka yang tidak lulus, permohonan rayuan boleh dibuat mulai 3 hingga 31 Julai 2023.
LHDN memaklumkan bahawa Penerima Bayaran Fasa 2 adalah merujuk kepada penerima Fasa 1 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari.
Ini bermaksud, permohonan baharu dan kemaskini STR yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran akan dilakukan pada Fasa 3 kepada penerima STR yang layak.
Alasan tidak lulus STR boleh disemak melalui menu > Semakan Status.
Cara Rayuan STR 2023
Anda mempunyai dua kaedah untuk membuat permohonan, iaitu:
i. Permohonan Secara Dalam Talian – Anda boleh mengakses Portal Rasmi STR LHDNM di https://bantuantunai.hasil.gov.my atau memuat turun aplikasi Sumbangan Tunai Rahmah dari Play Store atau App Store pada telefon bimbit anda.
ii. Permohonan Melalui Borang Manual – Anda boleh mengisi Borang Rayuan STR dan menghantarnya bersama dengan dokumen yang berkaitan ke Pejabat LHDNM, Pejabat Satelit (PS), atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang terdekat.
Tempoh Permohonan Rayuan STR
Tarikh Permohonan boleh dibuat mulai dari 3 Julai 2023 hingga 31 Julai 2023.
Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan untuk merujuk kepada Portal Rasmi STR LHDNM untuk sebarang pindaan tarikh semasa.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Jika anda telah membuat permohonan rayuan STR secara dalam talian tetapi terdapat kesilapan maklumat semasa mengisi permohonan, anda masih boleh membuat kemas kini secara dalam talian selagi permohonan rayuan anda masih belum diproses oleh pegawai LHDNM.
Namun, jika permohonan rayuan STR anda telah diproses oleh pegawai LHDNM, anda perlu membuat kemas kini secara manual di kaunter Pejabat LHDNM sebelum atau pada 31 Julai 2023.