TERKINI : Pengeluaran KWSP Bersasar Tanpa Cagaran Untuk Meringankan Beban Rakyat

Photo of author

By admin

KWSP%20TANPA%20CAGARAN
TELEGRAM%20PENAGRADUAN

Pengeluaran KWSP Bersasar Tanpa Cagaran

Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) melihat pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersasar tanpa cagaran adalah penyelesaian jangka panjang bagi membantu rakyat yang masih bergelut untuk kelangsungan hidup.

Timbalan PGIRM Mohamad Fazil Ibrahim berkata, ia kerana PGIRM banyak menerima aduan serta tinjauan malah luahan pencarum di pelbagai platform laman sosial yang mendapati mereka memerlukan pengeluaran KWSP untuk membaiki kedudukan kewangan.



Menurut Mohamad Fazil, sebahagian besarnya mahu menyelesaikan tunggakan bank, hutang lain dan menggunakan wang itu sebagai modal memulakan perniagaan kecil-kecilan.



Baca Juga :


“Sekiranya sebahagian daripada perkara itu dapat diselesaikan, maka ia sedikit sebanyak membaiki keadaan kewangan menjadi lebih baik kerana ada lebihan selepas menyelesaikan hutang-hutang tertunggak berkenaan.

“Secara dasarnya pihak PGIRM amat berharap pemberian bantuan kepada rakyat seharusnya selaras tanpa mengira penjawat awam mahupun swasta.



“Dalam masa sama, pengeluaran KWSP secara bersasar kepada 99,335 pencarum yang amat memerlukan dilaksanakan dengan segera untuk kesinambungan hidup mereka,” katanya dalam satu kenyataan media.

fazil%20ibrahim%20kwsp
Timbalan PGIRM Mohamad Fazil Ibrahim


Menurut Mohamad Fazil, rakyat menghargai inisiatif kerajaan kerana memberi bantuan khas penghargaan RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah yang diberikan kepada pesara kerajaan termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara KWSP, pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen sebanyak RM200.



Bagaimanapun, beliau berkata, sesetengah pihak cenderung menganggap bantuan itu diberi bagi meraih sokongan untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) dan bukannya penyelesaian jangka panjang bagi rakyat terkesan.

“Hakikatnya tiada harga barang yang turun, sebaliknya banyak yang naik. Rakyat juga terus dihimpit dengan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR),” katanya

Kredit : Berita Harian, Blog Rojak

TELEGRAM%20PENAGRADUAN