Ternyata Inilah Punca Calon Gagal Temuduga Kerja Kerajaan ! No. 4 Dan No.3 Tu Selalu Calon Buat

Photo of author

By admin

 GAGAL%2BTEMUDUGA

Berkerja di dalam sektor kerajaan merupakan idaman dan kegemaran bagi kebanyakan orang. Namun begitu, terdapat peringkat yang harus dilalui oleh pelamar pekerja kerajaan sebelum memulakan pekerjaan mereka dalam sektor kerajaan dan antara yang paling penting ialah pada peringkat temuduga. Pada peringkat ini juga, ramai calon-calon yang gagal dan tersekat daripada melepasi peringkat temuduga ini.

Berikut diikutkan beberapa punca dan sebab mengapa calon gagal temuduga kerja kerajaan. Sebab-sebab berikut mungkin sedikit sebanyak dapat membantu calon daripada tersekat di peringkat temuduga. Calon juga boleh mengelakkan daripada melakukan perkara dibawah.


Antara Sebab-Sebab Calon Gagal Temuduga Kerajaan 

1. Imej Yang Kurang Profesional
.

Ini perkara penting sekali. Tidak kira siapa anda, latarbelakang anda, taraf ekonomi anda, anda harus mempamerkan imej diri yang professional semasa hadir ke sesi temuduga.


Terutamanya bagi calon perempuan. Kelihatan cantik amat perlu, cuma anda perlu berhati-hati supaya tidak merimaskan pandangan mata panel temuduga. Anda mungkin berhadapan dengan pelbagai kerenah panel temuduga. Untuk titik selamat, cukup sekadar bersederhana dan kelihatan professional.

2. Pemalu Dan Kurang Interaksi
.

Elakkan untuk terlalu pemalu dihadapan panel walaupun anda seorang yang pemalu. Pekerjaan memerlukan kemahiran komunikasi. Malu yang terlampau malu akan mengurangkan sesi berinteraksi bersama panel temuduga dan akan terlihat kekok. Pastikan anda berbual dengan panel temuduga dan selesakan diri anda. Mereka berniat membantu anda dalam pekerjaan..

Ingat, anda dipanggil ke temuduga untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan panel dan mereka ingin melihat bagaimana anda berkomunikasi untuk tujuan pekerjaan kelak.


3. Lagak Dan Gaya Berlebihan 
.

Usah meninggikan diri dalam percakapan anda. Ia berbeza dengan menyatakan kelebihan diri anda tidak kira berapa pencapaian anda dalam akademik ataupun dalam apapun bidang sebelum ini.

Panel temuduga, mereka dilatih untuk memahami bahasa badan dan gaya bahasa calon. Mereka dapat lihat sama ada anda meninggikan diri atau tidak melalui cara jalan anda, gaya percakapan. Bersederhana dalam percakapan anda. Atau dalam erti kata lain, elakkan daripada cakap besar.

Mereka mempunyai pelbagai teknik mengeluarkan maklumat diri anda melalui soalan yang mereka ajukan. Mereka professional, anda juga harus professional. Elakkan daripada berlebihan dalam temuduga.

4. Meminta Kasihan Dan Berdrama Sedih
.

Merayu dengan niat anda diterima bekerja dan menimbulkan perasaan kasihan, ia kurang berhasil. Ia menandakan anda amat terdesak dengan pekerjaan. Bersikaplah profesional dihadapan panel.

Yakin dengan rezeki anda. Jika disitu bukan tempat anda, itu bermakna tempat anda adalah di syarikat lain. Berlakon drama sedih dalam sesi temuduga juga membuatkan panel temuduga menjadi rimas. Dan mungkin sesi temuduga anda bakal berakhir dengan lebih awal. Elakkan daripada berlakon sedih. 


5. Bahasa Inggeris
.

Ini yang banyak menjadi mimpi ngeri calon temuduga. Bagi yang mahir dalam berbahasa Inggeris, itu kelebihan bagi anda. Bagi yang jarang-jarang menggunakan bahasa Inggeris, sesi temuduga merupakan satu sesi yang amat digeruni.

Dalam sesi temuduga, temuduga boleh berlangsung dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Ia terpulang kepada panel temuduga menyoal anda mengikut kehendak yang syarikat mahukan. Jika ia berlangsung dalam bahasa Melayu, ia adalah bonus bagi anda.

Jika ia dalam bahasa Inggeris, usah diamkan diri. Terus atur ayat sebagaimana yang anda boleh jawab. Mendiamkan diri menandakan anda tidak minat dan tidak menampakkan usaha anda. Banyakkan latihan dalam bahasa inggeris agar anda tidak kekok dan gugup apabila ditemuduga dalam bahasa inggeris. 


Bonus : Lesen Kenderaan
.

Tiada lesen kenderaan juga boleh buatkan calon gagal dalam sesi temuduga. Terdapat kerja yang memerlukan calon bekerja di luar pejabat. Tidak mengapa jika tiada kenderaan. Bagi sesetengah syarikat anda disediakan kenderaan untuk urusan rasmi. Tapi lesen mungkin lebih diperlukan dikebanyakan syarikat. 

Namun ia bergantung kepada jenis jawatan yang anda mohon. Tetapi untuk lebih selamat usahakan dapat lesen kenderaan atau pilih jawatan lain yang tidak memerlukan lesen kenderaan sebagai syarat penting.

Jadi untuk lulus dalam penilaian temuduga kerajaan, pastikan anda tahu penilaian yang dilakukan oleh panel terhadap calon. Pastikan anda membuat persediaan secukupnya sebelum menghadiri temuduga.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda untuk membuat persediaan sebelum menghadapi temuduga dan elakkan daripada merasa gugup ataupun nervous. Diharap juga dengan perkongsian sebab calon gagal ini dapat diambil perhatian yang lebih kepada yang ingin mengikuti temuduga kerajaan.