Akaun 3 KWSP: Pengeluaran lebih RM250 perlu proses e-KYC

Photo of author

By admin

Akaun 3 KWSP: Pengeluaran lebih RM250 perlu proses e-KYC

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meletakkan had maksimum pengeluaran wang daripada Akaun Fleksibel secara terus adalah RM250 sahaja sehari.

Berikut kami kongsikan beberapa info-info penting berkaitan dengan pengeluaran Akaun 3 KWSP RM250 sehari. Sila share artikel ini jika anda rasa bermanfaat.

Akaun 3 KWSP: Pengeluaran lebih RM250 Sehari

Menurut paparan maklumat di aplikasi KWSP i-Akaun, ahli yang mahu mengeluarkan wang melebihi RM250 perlu melalui proses electronic Know-Your-Customer (e-KYC) secara dalam talian atau menggunakan alternatif lain seperti mengunjungi pejabat KWSP terdekat bagi pengesahan cap jari.

kwsp ekyc
Tangkap layar dari laman web i-Akaun KWSP Akaun Fleksibel

Proses e-KYC atau proses pengesahan identiti yang dilakukan secara elektronik menggunakan teknologi pengecaman wajah di aplikasi KWSP i-Akaun.

Dalam pada itu, ia turut menjelaskan bahawa pencarum boleh melakukan pindaan wang ke akaun bank sekali sehari dengan kadar minimum RM50.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, KWSP memperkenalkan akaun Fleksibel yang membolehkan ahli mereka mengeluarkan simpanan pada bila-bila masa untuk sebarang tujuan.

Anda mungkin berminat:

Menurut kenyataan KWSP, permohonan bagi pengeluaran daripada Akaun Fleksibel boleh dibuat melalui KWSP i-Akaun atau di mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara.

Katanya, baki dalam Akaun 1 dan Akaun 2 masing-masing akan kekal dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera, manakala Akaun Fleksibel akan bermula dengan baki sifar.

Tempoh bagi ahli KWSP yang mahu membuat pindahan tersebut bermula pada 11 Mei 2024 sehingga 31 Ogos 2024.

____________________
Lebih 60 Ribu Sudah Bergabung Di Channel Telegram Kami Untuk Dapat Info Bantuan Terkini. Join Sekarang!
____________________