Akaun Fleksibel Tidak Layak Pengeluaran? Ini Cara Mengatasinya

Photo of author

By admin

Akaun Fleksibel Tidak Layak Pengeluaran? Ini Cara Mengatasinya

Pengeluaran Akaun 3 KWSP boleh dilakukan melalui KWSP i-Akaun atau mana-mana kaunter / cawangan KWSP yang berdekatan bermula 11 Mei lalu.

Tujuannya adalah bagi menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.

Berikut dikongsikan info penting berkaitan dengan pengeluaran Akaun 3 KWSP yang tidak layak pengeluaran.

Penstrukturan Semula Akaun KWSP

Merujuk laman web rasmi KWSP, penstrukturan semula akaun KWSP ini adalah seperti berikut:
Akaun ahli akan distruktur semula daripada dua (2) akaun iaitu Akaun 1 dan Akaun 2 kepada tiga (3) akaun.
Ini bermakna setiap ahli akan mempunyai tiga akaun seperti berikut:

  • Akaun 1: Akaun Persaraan untuk mengumpul simpanan sebagai pendapatan semasa persaraan.
  • Akaun 2: Akaun Sejahtera untuk menangani keperluan kitaran hayat yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan.
  • [BARU] Akaun 3: Akaun Fleksibel sebagai akaun baharu untuk menyediakan fleksibiliti untuk keperluan kewangan jangka pendek. Simpanan dalam akaun ini boleh dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan ahli.

Akaun Fleksibel KWSP

Akaun Fleksibel atau Akaun 3 KWSP adalah akaun baharu yang terdiri daripada 10% jumlah simpanan ahli. Akaun ini bertujuan untuk memenuhi keperluan kewangan jangka pendek ahli.

Simpanan Akaun Fleksibel boleh dikeluarkan oleh ahli pada bila-bila masa tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh KWSP.

Walau bagaimanapun, KWSP menggalakkan pengeluaran cuma digunakan pada waktu kecemasan dan untuk keperluan mendesak sahaja.

Peratusan Agihan Caruman

Semua caruman selepas 11 Mei 2024 akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan berikut:

  • 75% ke dalam Akaun Persaraan
  • 15% ke dalam Akaun Sejahtera
  • 10% ke dalam Akaun Fleksibel
photo 2024 05 16 21 48 24
Struktur sebelum kadar agihan

Setelah penstrukturan semula akaun dilaksanakan, baki sedia ada dalam Akaun 1 dan Akaun 2 akan kekal dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera masing-masing. Sementara itu, Akaun Fleksibel akan bermula dengan baki sifar.

photo 2024 05 16 21 48 27

Artikel Berkaitan:

Pindahan Amaun Permulaan Ke Akaun Fleksibel

Setiap ahli boleh memindahkan sebahagian daripada baki simpanan Akaun Sejahtera mereka ke Akaun Fleksibel sebagai amaun permulaan berdasarkan jumlah baki yang terdapat dalam Akaun Sejahtera ahli tersebut pada tarikh permohonan pilihan dibuat oleh ahli.

Namun, sekiranya ahli tidak membuat pilihan untuk mempunyai amaun permulaan, maka tiada sebarang pindahan akan dibuat dan baki sedia ada akan kekal dalam Akaun Sejahtera. Akaun Fleksibel akan bermula dengan caruman baharu yang akan dikreditkan ke dalam akaun ahli selepas tarikh pelaksanaan.

photo 2024 05 16 21 48 31

Tempoh Membuat Pindahan Dari Akaun Sejahtera (Akaun 2) ke Akaun Fleksibel

Ahli boleh membuat pilihan untuk pindahan amaun permulaan ke Akaun Fleksibel sebanyak satu (1) kali sahaja bermula daripada 12 Mei 2024 sehingga 31 Ogos 2024.

Permohonan pindahan ini TIDAK BOLEH DIBATALKAN setelah diproses.

Cara Membuat Pindahan Ke Akaun Fleksibel

Anda boleh membuat pilihan pindahan ini melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau melalui Self-Service Terminal (SST) di Pejabat KWSP bermula 12 Mei 2024.

Pengeluaran Akaun Fleksibel

Anda boleh membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel pada bila-bila masa melalui aplikasi KWSP i-Akaun. (http://www.kwsp.gov.my/mobile/i-Akaun/i-Akaun.html)

Setelah permohonan diproses dan diluluskan, bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank anda.

Had pengeluaran minimum yang dibenarkan adalah RM50.

NOTA: Anda boleh membuat Pengeluaran Akaun Fleksibel sebaik sahaja Akaun Fleksibel mempunyai simpanan minimum RM50, sama ada selepas pindahan amaun permulaan daripada Akaun Sejahtera telah dibuat atau setelah pengkreditan caruman baharu.

Syarat-syarat Pengeluaran:

  1. Warganegara & Bukan Warganegara
  2. Belum mencapai umur 55 tahun
  3. Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel
  4. Pengeluaran pada bila-bila masa dengan had amaun pengeluaran minimum RM50

Panduan Permohonan Pengeluaran Akaun Fleksibel

photo 2024 05 16 21 48 34
Infografik panduan permohonan pengeluaran KWSP i-Akaun

Akaun Fleksibel Tidak Layak Pengeluaran – Kenapa Tidak Layak?

photo 2024 05 16 21 48 42
Pemohon tidak layak pengeluaran Akaun Fleksibel

Terdapat beberapa sebab pencarum tidak layak membuat pengeluaran daripada akaun fleksibel. Antaranya ialah:

1. Tidak mematuhi syarat-syarat pengeluran yang ditetapkan oleh KWSP seperti baki dalam Akaun Fleksibel kurang dari jumlah pengeluaran minima RM50.

Cara Atasi: Rujuk semula syarat-syarat pengeluaran.

2. Tidak membuat pemindahan wang dari akaun sejahtera ke akaun fleksibel. – PENTING! Anda perlu membuat pindahan ke Akaun 3 (Akaun Fleksibel terlebih dahulu) sebelum membuat pengeluaran.

Cara Atasi: Pencarum perlu membuat pemindahan wang terlebih dahulu dari akaun 2 ke akaun 3.Selepas tempoh 3 hari bekerja baru boleh buat pengeluaran.

Anda boleh membuat pindahan melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau melalui Self-Service Terminal (SST) di Pejabat KWSP bermula 12 Mei 2024.

Tempoh Kelulusan

Jika anda membuat pilihan pindahan amaun permulaan, kelulusan dalam tempoh 3-5 hari bekerja, manakala permohonan Pengeluaran Akaun Fleksibel, kelulusan dalam tempoh 7 hari bekerja.

Untuk maklumat lanjut, layari Akaun Fleksibel (Akaun 3)

photo 2024 05 16 21 48 37 photo 2024 05 16 21 48 39

Ringkasan Inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP

Ringkasan Inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP [Download]

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut berkaitan proses pengeluaran beserta dokumen yang diperlukan, rujuk maklumat terkini dari laman web KWSP.

Anda juga boleh dapatkan maklumat sahih melalui saluran rasmi KWSP di:

____________________
Lebih 60 Ribu Sudah Bergabung Di Channel Telegram Kami Untuk Dapat Info Bantuan Terkini. Join Sekarang!
____________________