Bantuan Kredit E-Tunai RM100 Kepada B40&M40 : Cara Penebusan & Tarikh Pengkreditan

Photo of author

By admin

ETUNAI%20RM100
TELEGRAM%20PENAGRADUAN

Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit etunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif pemberian itu susulan melihat kepada kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat di negara ini.



“Bilangan penerima yang layak dianggarkan melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion,” katanya di Majlis Pelancaran Ekonomi MADANI pada 27 Julai lalu.

Berikut kami kongsikan info penting berkaitan dengan bantuan kredit e-tunai RM100 yang akan disalurkan kepada rakyat Malaysia kelak. Semoga bermanfaat

Bantuan e-Tunai RM100



Bantuan eTunai RM100 adalah inisiatif terbaharu yang diumumkan Kerajaan Perpaduan untuk golongan B40 dan M40 yang berpendapatan RM100,000 ke bawah.

Sebelum ini kerajaan mengumumkan bantuan e-wallet, “e-Tunai Belia Rahmah” berjumlah RM200 untuk golongan belia dan mahasiswa bagi memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia.

Bantuan ini tidak diberikan secara cash, namun diberikan secara kredit eWallet melalui beberapa penyedia perkhidmatan e-dompet terkemuka yang akan diumumkan kelak.
kredit etunai%20(1)

Manfaat Bantuan e-Tunai RM100

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pelaksanaan inisiatif ini adalah sebagai usaha baik kerajaan untuk melatih rakyat berhadapan dengan masyarakat tanpa tunai.

“Dengan pelaksanaan konsep ini, rakyat akan menggunakan segala aplikasi dalam perbelanjaan mereka.

“Ini juga sedikit sebanyak membantu perbelanjaan rakyat bagi berhadapan dengan ekonomi masa depan iaitu eonomi digital dan masyarakat tanpa tunai, di samping untuk memperkembangkan ekonomi setempat.

“Apabila mereka berbelanja, maka ekonomi di kawasan itu akan berkembang. Ini antara puluhan perkara yang diumumkan Perdana Menteri pagi tadi (27 Julai). Saya hanya menyentuh sedikit sahaja,” katanya.




Baca Juga :

Syarat Kelayakan Bantuan eTunai RM100

Buat masa ini syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:
1. Warganegara Malaysia; dan
2. Berumur 21 tahun ke atas
3. Berpendapatan RM100,000 ke bawah

Syarat-syarat lain akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Jumlah Bantuan Kredit e-Tunai



Jumlah kredit bantuan sebagaimana yang diumumkan adalah RM100.

Bantuan yang diberikan bukanlah secara cash sebagaimana Sumbangan Tunai Rahmah, sebaliknya diberikan dalam bentuk kredit e-wallet seperti e-Tunai Belia Rahmah.

Tarikh Pengkreditan Bantuan e-Tunai RM100

Dalam satu hantaran di Facebook, Kementerian Kewangan memaklumkan, ia akan dilaksanakan pada suku keempat tahun ini.

Suku tahunan merupakan kuartal suku (seperempat) tahun iaitu jangka waktu tiga bulan iaitu dijangka pada :
. Suku keempat – Oktober hingga Disember

Oleh yang demikian, berdasarkan pengumuman Kementerian Kewangan pelaksanan Suku Keempat ini, kita boleh jangkaan bayaran akan dibuat antara bulan Oktober hingga Disember.

Ini kerana Kementerian Kewangan perlu memperincikan inisiatif ini dengan pemegang taruh yang terlibat dalam inisiatif ini.


kredit%20etunai%20mof%20(1)


Cara Penebusan

Bagi pengguna baharu ewallet, proses verifikasi perlu dilakukan melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat.

Pengguna baharu hanya perlu ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-dompet tersebut.

Penyedia perkhidmatan e-dompet akan membuat verifikasi identiti anda secara elektronik Know-Your-Customer (eKYC).

Sebagai contoh, anda mungkin perlu menghantar maklumat tambahan contohnya gambar kad pengenalan untuk proses verifikasi.

TELEGRAM%20PENAGRADUAN