Kerajaan Akan Selesaikan Isu Gaji Minimum Pekerja Bulan Ini

Photo of author

By admin

GAJI%20PEKERJA
telegram%20pmk

Kerajaan Akan Selesaikan Isu Gaji Minimum Pekerja Bulan Ini.

Kerajaan akan menyelesaikan semua isu berbangkit berkaitan gaji minimum pada bulan ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengakui pelaksanaan gaji minimum begitu sukar dan rumit untuk diselesaikan, Perdana Menteri berkata, isu itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet untuk mendapatkan penyelesaian ‘sekali dan untuk semua’.



“Pelaksanaan gaji minimum begitu sukar sekali, hiruk pikuk pelaksanaannya. Sebab itu dalam mesyuarat Kabinet bulan depan, kita akan selesaikannya ‘once and for all’ (dimuktamadkan sepenuhnya),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat sempena sambutan Hari Pekerja 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, tempoh hari.

Penguatkuasaan Gaji Minimum Pekerja



Disember lalu, kerajaan memutuskan untuk menangguhkan sehingga 1 Julai depan penguatkuasaan gaji minimum RM1,500 kepada majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja.

Majikan dalam kategori berkenaan diberikan penangguhan selama enam bulan terhadap penguatkuasaan gaji minimum itu berbanding tarikh 1 Januari 2023 yang ditetapkan sebelum ini.

Keputusan itu dibuat kerajaan selepas mengambil kira soal kesediaan majikan dalam kategori berkenaan bagi menguatkuasakan gaji minimum baharu kepada pekerja mereka.

Anwar berkata, Kerajaan Perpaduan tidak mewarisi sistem pentadbiran terdahulu, sebaliknya mementingkan kebajikan semua golongan pekerja yang sebelum ini diabaikan.



“Kalau tuntutan pekerja itu keterlaluan, maka pelaburan tidak akan sampai, tapi kalau sikap pelabur dan majikan terlalu mementingkan keuntungan hingga ketepikan pekerja, maka takkan ada harmoni dalam negara.

“Jadi keseimbangan ini harus dipertahankan. Kita mahu pelaburan, kita mahu majikan catat keuntungan, tetapi kita juga mahu nasib pekerja dibela dengan baik,” katanya.
________________________
Telegram Bantuan Kerajaan : KLIK SINI



________________________

Justeru, katanya, ada ketika kerajaan perlu campur tangan, antaranya melalui penyaluran insentif mengikut keperluan dan melalui kemudahan percukaian.

“Kita mahukan (kerajaan) yang lebih efisien, pelabur lebih yakin. Pada masa sama, pelabur dan majikan perlu faham ini Malaysia MADANI, justeru mesti prihatin terhadap nasib pekerja dalam negara kita,” katanya.

Tegas Perdana Menteri, tuntutan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam(CUEPACS) juga perlu diteliti.



Anwar turut menggesa pekerja supaya bangkit dan menentang golongan yang terbabit dalam rasuah.

“Saya mahu pekerja bersama dengan saya dalam satu barisan, kita bangkit dan perangi golongan yang merasuah di negara ini. Saudara hanya perlukan RM200 tambahan sebulan untuk pendidikan mahupun kesihatan anak-anak, itu pun begitu sukar diperoleh.

“Tetapi (ada) pemimpin yang sauk ratusan juta daripada wang negara. Adakah mereka bicarakan mengenai nasib pekerja? Penjawat awam? Apa yang mereka buat ini adalah zalim.”Malah ada yang sanggup gunakan survival Melayu dan Islam bagi mempertahankan sistem dan orang yang korup,” katanya.

Kredit : Berita Harian

telegram%20pmk