KWSP FSA2 : Pengeluaran Khas KWSP Fasa 1 Dibenarkan September Ini.

Photo of author

By admin

Pengeluaran Khas KWSP Fasa 1 dibenarkan dan boleh dimohon pada bulan September ini. Untuk sedia maklum, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah menawarkan sebuah kemudahan untuk ahli pada tahun ini.



FSA2 : Pengeluaran Khas KWSP Fasa 1



Tahukah anda, bermula April lalu pihak KWSP telah melancarkan sebuah kemudahan yang dikenali sebagai Fasiliti Sokongan Akaun 2. Kemudahan ini dilaksanakan adalah bertujuan membantu ahli yang memerlukan untuk mendapatkan pembiayaan peribadi melalui institusi perbankan.

Apa yang menarik adalah sekitar 4 juta para pencarum boleh membuat pengeluaran khas KWSP melalui FSA2 ini. Program kemudahan khas ini akan dilaksanakan secara 2 Fasa, dan kini permohonan bagi FSA2 fasa 1 telahpun dibuka kepada pencarum.

Kemudahan ini berobjektifkan membantu ahli/ pencarum KWSP bagi mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan. Untuk makluman, simpanan akaun 2 boleh digunakan sebagai membayar pembiayaan peribadi ini menerusi permohonan awal pengeluaran bersyarat umur 50 atau 55 tahun.

fsa2


Kadar Pengeluaran Khas KWSP FSA2

Seperti sedia maklum, pihak KWSP telah menetapkan kadar pengeluaran pembiayaan bagi fasa 1. Jumlah pengeluaran yang boleh dilakukan adalah minimum RM3,000 sehingga maksimum RM50,000 dan kadar bergantung kepada baki simpanan akaun 2.

Baca Juga :


Kelayakan FSA2 Fasa 1

Kriteria syarat kelayakan bagi pengeluaran fasa 1 Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP telah ditetapkan seperti berikut :

1. Ahli KWSP
2. Seorang Warganegara Malaysia
3. Umur belum mencapai 55 tahun
4. Individu dibenarkan kemukakan permohonan sekali sahaja
5. Bagi permohonan yang telah diluluskan tidak boleh dibatalkan
6. Mempunyai baki simpanan dalam akaun 2 KWSP minimum RM3,000
7. Pengeluaran bersyarat maksimum RM50,000
8. Mematuhi terma dan syarat dari institusi perbankan



Info : Bagi permohonan fasa 1 pengeluaran FSA2 KWSP hanya melibatkan 2 institusi perbankan iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN) dan MBSB.

Panduan Daftar Permohonan

Kepada ahli KWSP yang berkelayakan dan memerlukan boleh membuat permohonan secara online. Panduan lengkap cara daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi FSA2 KWSP; klik sini.


Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang maklumat lanjut berkaitan FSA2 boleh diperolehi melalui saluran berikut:
Laman web rasmi KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ ATAU
Terus ke pautan pantas https://fsa2.kwsp.gov.my/


 

TELEGRAM%20PENAGRADUAN