MyLesen 2023 : Program Bantuan Lesen Percuma Kepada B40 Tahun 2023

Photo of author

By admin

MYLESEN
TELEGRAM%20PENAGRADUAN

MyLesen 2023 : Bantuan Lesen Percuma Kepada B40

Pendaftaran bantuan lesen memandu atau lebih kenali sebagai MyLesen telah dibuka!

Bagi mereka yang layak dan berminat, disini kami kongsikan beberapa info penting untuk anda sebelum memohon bantuan ini.



Sebelum itu, pastikan anda baca dengan teliti sebelum memohon bantuan yang diperkenalkan kerajaan ini.

Program Bantuan Lesen Memandu MyLesen 2023

Program ini merupakan usaha Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk menaiktaraf kehidupan B40 dan membuka lebih peluang menambah pendapatan.

Setakat ini, seramai 9,000 orang dari golongan B40 seluruh Negara layak menyertai program MyLesen yang dikhususkan untuk Lesen B2, manfaat daripada inisiatif Kementerian Pengangkutan Malaysia – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).


photo 2023 08 16 00 53 03

Program Bantuan MyLesen 2023 Melaka

Majlis Pelancaran Program MyLesen B2 Peringkat Kebangsaan telah disempurnakan pada 30 Mei 2023 yang lalu. Turut hadir dan melancarkan program ini adalah YB Anthony Loke, Menteri Pengangkutan Malaysia.



Baca Juga :
– Pengeluaran KWSP RM10,000 Kini Dibenarkan
– Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4 Bulan November 2023 



Syarat Kelayakan Bantuan MyLesen 2023

Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut :
1. Warganegara Malaysia
2. Umur 16 tahun ke atas
3. Sihat tubuh badan & mental
4. Belum memiliki sebarang lesen memandu
5. Penerima bantuan Kerajaan (eKasih / Zakat / Baitulmal / JKM / JAKOA / LHDN dan Golongan B40)
6. Tanggungan kepada penerima layak memohon

*Sila kemukakan dokumen sokongan bagi pembuktian ke atas syarat yang ditetapkan.



HUBUNGI URUS SETIA PROGRAM MYLESEN B2 MELAKA :
06-251 4049 / 06 – 251 4050
9.00 pagi hingga 4.00 petang
Bahagian Pelesenan Melaka

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang maklumat atau aduan berkaitan boleh disalurkan melalui aplikasi e-Aduan@jpj atau kepada saluran http://jpj.spab.gov.my beserta butiran pengadu dan butiran aduan.


TELEGRAM%20PENAGRADUAN