Pengeluaran Khas KWSP Boleh Dibuat Secara Online !

Photo of author

By admin

E
TELE%20PAKEJ%20BANTUAN

E-Pengeluaran KWSP

Tahukah ada, terdapat banyak jenis pengeluaran yang boleh anda lakukan selagi mana mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP.

Sebenarnya anda dibenarkan untuk melakukan pengeluaran KWSP dari akaun 1 untuk tujuan peribadi anda sendiri dan tujuan untuk membina atau ubah suai rumah, untuk peribadi, pendidikan dan lain-lain.



Tujuan e-Pengeluaran KWSP

Bagi anda yang belum tahu, kini anda boleh buat pengeluaran simpanan akaun 1 KWSP bagi urusan-urusan berikut;
1. Pengeluaran untuk membeli rumah
2. Pengeluaran untuk membina rumah
3. Pengeluaran untuk menyelesaikan baki pinjaman rumah
4. Rawatan perubatan
5. Pengeluaran untuk menyelesaikan PTPTN
6. Pengeluran untuk pendidikan1. Membeli Rumah

epengeluaran%201



Baca Juga :


1. Membeli Rumah
Bagi yang hendak membeli rumah, KWSP membenarkan ahlinya membuat pengeluaran dari Akaun 2 bagi tujuan membiayai pembelian rumah. Rumah yang hendak dibeli itu merangkumi jenis banglo/teres/berkembar/apartmen/kondominium/apartmen studio /apartmen servis/townhouse/SOHO atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia.

2. Membiayai Pendidikan
Pihak KWSP turut membenarkan para ahlinya memilih untuk mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 bagi membantu membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.



3. Perbelanjaan Kesihatan
Untuk ahli yang berdepan dengan masalah kesihatan, mereka boleh membuat pengeluaran daripada Akaun 2 untuk membiayai kos perubatan penyakit kritikal.

Atau peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan juga rawatan kesuburan.

4. Menunaikan Haji
Bagi para ahli yang beragama Islam, pengeluaran dari Akaun 2 adalah dibenarkan untuk tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH) sebagai perbelanjaan.

Syarat Kelayakan e-Pengeluaran KWSP



Syarat membuat permohonan e-Pengeluran adalah seperti berikut:
1. Ahli warganegara Malaysia atau penduduk tetap
2. Syarat kelayakan mengikut syarat pengeluaran semasa
3. Permohonan pengeluaran tidak melebihi amaun pengeluaran maksimum
4. Bayaran secara pengkreditan terus ke Akaun Bank Simpana / Semasa ahli atau rakan strategik KWSP

Cara Membuat e-Pengeluaran KWSP Online

Untuk membuat pengeluaran Akaun 2 KWSP bagi tujuan-tujuan di atas, anda boleh buat secara online melalui e-pengeluaran. Anda perlu Daftar i-Akaun terlebih dahulu untuk menggunakan e-pengeluaran.



Bila dah daftar i-Akaun, ikuti langkah berikut untuk buat e-pengeluaran:

1. Log masuk ke i-Akaun KWSP
2. Klik menu ‘Pengeluaran’
3. Kemudian klik ‘Permohonan Baru’
4. Pada bahagian Jenis Pengeluaran, sila pilih tujuan pengeluaran anda (Membina/membeli rumah atau sebagainya)
5. Pada Nama Institusi sila pilih nama bank tempat anda membeli rumah/ yang berkaitan.
6. Klik Seterusnya dan ikut langkah sehingga selesai permohonan pengeluaran
7. Dalam masa beberapa hari, anda akan menerima SMS yang menyatakan anda perlu ke KWSP untuk urusan pengesahan cap jari.
8. Keputusan pengeluaran akan mengambil masa 10 hari bekerja.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Kepada setiap ahli KWSP, mereka layak mendaftar di bawah i-Akaun iaitu sistem secara atas talian (online) bagi berurusan dengan badan simpanan kewangan ini.

Antara ciri utama i-Akaun adalah e-Pengeluaran iaitu permohonan pengeluaran simpanan KWSP secara atas talian.

Maklumat lengkap berkenaan perkara-perkara berkaitan faktor kebenaran pengeluaran KWSP boleh dirujuk disini.

Manakala tatacara menggunakan e-Pengeluaran (i-Akaun) boleh dilihat disini.

TELE%20PAKEJ%20BANTUAN