PROGRAM MYLESEN B2 KINI DIBUKA UNTUK PERMOHONAN – BILANGAN PESERTA ADALAH TERHAD!
Tuan / puan yang tidak sempat memohon tempoh hari kini boleh boleh hadir ke JPJ Negeri Melaka jika memenuhi syarat -syarat asas yang ditetapkan.
Program ini membuka peluang untuk mempertingkatkan taraf sosioekonomi dan pendapatan isi rumah melalui peluang pekerjaan dalam sektor ekonomi gig. Seramai 9,000 orang dari golongan B40 seluruh negara disasarkan akan dapat menyertai program ini.
Berikut dikongsikan lebih lanjut untuk makluman bersama, khususnya warga Melaka.
____________________
Lebih 60 Ribu Sudah Bergabung Di Channel Telegram Kami Untuk Dapat Info Bantuan Terkini. Join Sekarang!
____________________
Pengenalan Program MyLesen B2
Program MyLesen B2 Tahun 2024 adalah satu inisiatif Kerajaan bagi memperkasa 35,000 orang penerima (atau tanggungan) bantuan golongan B40 bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2.
Melalui program ini, peserta akan ditawarkan dan dibiayai sepenuhnya untuk menjalani latihan dan ujian sehingga mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 iaitu Motosikal tidak melebihi 250 cc.
Artikel Trending :
- Doa Berbuka Puasa Sendiri & Ramai Serta Doa Harian Sebelum Berbuka (Mustajab)
- Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Tahun 2024
Syarat Permohonan Program MyLesen B2
Syarat-syarat kelayakan pemohon :
• Warganegara Malaysia;
• Berumur 16 tahun dan ke atas;
• Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan;
• Penerima bantuan eKasih / Zakat / Baitulmal / JKM / JAKOA / LHDN ;
• Tanggungan kepada penerima bantuan layak memohon ;
• Sihat fizikal dan mental;
• Bebas senarai hitam mahkamah, JPJ atau PDRM; dan
• Belum memiliki sebarang lesen memandu.
Cara Memohon MyLesen B2 Melaka
Sila dapatkan borang di Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ Negeri Melaka mulai jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang seperti di infografik.
Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Melaka
Kompleks JPJ
75990 Melaka Tengah
Koordinat: 2.230957, 102.297134 @
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan Program MyLesen B2, boleh diajukan ke Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ Negeri Melaka di talian 06-251 4049/4050
____________________
Lebih 60 Ribu Sudah Bergabung Di Channel Telegram Kami Untuk Dapat Info Bantuan Terkini. Join Sekarang!
____________________
Soalan Lazim Program MyLesen B2
Berapa lamakah tempoh masa yang diperlukan oleh setiap peserta untuk menjalani latihan dan ujian memandu bagi Program My Lesen B2 Tahun 2024?
Peserta perlu menjalani kesemua modul kursus, latihan dan ujian memandu mengikut tempoh masa dan prosedur yang telah ditetapkan oleh JPJ sebelum Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dikeluarkan seperti berikut:
1. Kursus Teori (KPP01) – 6 Jam
2. Ujian Bertulis (KPP01) – 1 Jam
3. Latihan Praktikal Di Litar (KPP02) – 9.5 Jam
4. Latihan Praktikal Di Jalan Raya (KPP03) – 6 Jam
5. Pra Ujian (QTI) – 30 Minit
6. Ujian JPJ
Di manakah peserta perlu menjalani latihan dan ujian memandu bagi memperoleh Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2?
Peserta perlu mengikuti kursus, latihan dan ujian di Institut Memandu yang telah ditetapkan oleh JPJ sahaja.
Penempatan lokasi latihan dan ujian akan ditetapkan berdasarkan lokasi terhampir dengan pilihan peserta.
Adakah peserta dibenarkan untuk bertukar ke Institut Memandu (IM) lain setelah berjaya menjalani sebahagian daripada latihan yang ditetapkan atau dibenarkan untuk berhenti daripada meneruskan latihan dan ujian?
Tidak. Peserta perlu menghabiskan latihan dan ujian di IM yang didaftarkan dan tidak dibenarkan untuk bertukar ke IM lain. Peserta adalah tertakluk kepada syarat-syarat Program yang ditetapkan
melalui satu (1) Surat Aku Janji bagi memastikan komitmen peserta terhadap Program yang dilaksanakan.
SOALAN-LAZIM-FAQ-MyLesen-B2-1 Download (https://ecentral.my/wp-content/uploads/2023/12/SOALAN-LAZIM-FAQ-MyLesen-B2-1.pdf)