Bantuan Kredit E-Tunai RM100 Kepada B40 & M40.

Photo of author

By admin

ETUNAI%20RM100%20PENAGRADUAN
TELEGRAM%20PENAGRADUAN

PM Umum Bantuan Kredit E-Tunai RM100 Untuk B40 & M40. Rujuk Syarat Kelayakan

Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit etunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif pemberian itu susulan melihat kepada kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat di negara ini.




“Bilangan penerima yang layak dianggarkan melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat di sini, hari ini.

Kredit eTunai RM100 Untuk M40, B40

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan menawarkan kredit e-tunai RM100 kepada semua rakyat dewasa di negara ini yang berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah.

Perdana Menteri berkata, inisiatif membabitkan peruntukan sekitar RM1 bilion itu akan memanfaatkan lebih 10 juta rakyat berusia 21 tahun ke atas, merangkumi golongan B40 dan M40.
kredit etunai



Katanya, inisiatif e-tunai kepada golongan dewasa itu diumumkan selepas kerajaan melihat kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat.

“Melihat akan kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat, Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

“Bilangan penerima yang layak dianggar melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion,” katanya ketika berucap dalam Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat di sini, hari ini.

Perdana Menteri ketika di Majlis Pelancaran Ekonomi MADANI.

Syarat Kelayakan E-Tunai RM100

Berikut adalah syarat-syarat umum bantuan kredit e-tunai RM100 yang diumumkan PM :

1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 21 tahun keatas
3. Berpendapatan RM100,000 kebawah

Syarat-syarat lain akan dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dari masa ke semasa. 



Baca Juga :
– E-Kasih : Permohonan Bantuan Bakul Makanan Bernilai RM600


Pembagian Bantuan

Memandangkan bantuan ini baru sahaja diumumkan oleh Perdana Menteri, tiada lagi pengumuman penyedia perkhidmatan yang akan melaksanakan program ini.

Namun begitu, berdasarkan bantuan e-tunai Belia Rahmah sebelum ini menyediakan tiga platform penyediaan perkhidmatan yang terlibat, antaranya :

1. Boost
2. Setel
3. Touch N Go

Pun begitu, beberapa penyediaan perkhidmatan e-wallet yang lain seperti GrabPay, ShopeePay, BigPay mungkin juga akan terlibat sekiranya ada pengumuman diumumkan kelak.



Kami di PortalMyKerja akan sentiasa membuat update terkini berkaitan bantuan kredit e-Tunai RM100 untuk B40, M40 serta bantuan-bantuan lainnya seperti E-Tunai Belia Rahmah.

Antara Rangkuman Ucapan Perdana Menteri



1. Kerajaan tawar kredit e-tunai RM100 kepada rakyat berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah, lebih 10 juta orang layak
2. Kredit e-tunai RM100 untuk rakyat dewasa Malaysia berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah, merangkumi lebih 10 juta rakyat B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion
3. Kerajaan akan menambah peruntukan sebanyak RM400 juta untuk pinjaman mikro di bawah agensi termasuk SME Corp, Tekun, MARA dan Teraju
4. Kerajaan akan menumpukan usaha untuk mengantarabangsakan syarikat pemula dan PKS tempatan
5. Belanjawan MADANI 2023 bakal mengandungi lebih 70 inisiatif untuk perniagaan mikro dan kecil, menumpu kepada akses pinjaman, jaminan pembiayaan
6. Pengukuhan kewangan Islam akan menekankan pembiayaan ekuiti termasuk venture capital, equity crowdfunding dan ekonomi digital Islam, kewangan sosial Islam termasuk zakat, wakaf dan sadaqah, serta kaedah blended finance
7. Kerajaan alu-alukan syarikat pemula Malaysia seperti PolicyStreet, Dropee, Lapasar, dan Funding Societies yang boleh menjadi agen perubahan sektor PMKS melalui penyediaan pembiayaan alternatif seperti equity crowdfunding
8. Kerajaan akan melaksanakan dasar yang menyokong peningkatan upah berbanding KDNK kepada tahap 45 peratus selaras tahap negara lebih maju
9. Kerajaan akan menambah peruntukan sebanyak RM400 juta untuk pinjaman mikro di bawah agensi termasuk SME Corp, Tekun, MARA dan Teraju


10. Kerajaan berhasrat laksanakan levi pekerja asing berperingkat dengan sebahagian peningkatan hasil levi dikhususkan untuk program automasi serta latihan untuk pekerja tempatan
11. Kerajaan akan melaksanakan dasar perindustrian mengikut geografi iaitu pengkhususan aktiviti dan pelaburan mengikut wilayah supaya sejajar dengan kelebihan serta tahap pembangunan setiap wilayah
12. Kerajaan sediakan bantuan khas penghargaan RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah, RM200 kepada pesara kerajaan –
13. Lebih 2.3 juta penjawat awam termasuk pesara dapat manfaat darupada Bantuan Khas Penghargaan yang akan dibayar dalam tempoh dua minggu
14. Jaminan kerajaan sehingga RM5 bilion di bawah Syarikat Jaminan Kredit Perumahan untuk bantu rakyat miliki rumah
15. Kerajaan jamin tidak abaikan rakyat dalam hadapi cabaran kos sara hidup, terus sedia bantuan kepada yang memerlukan 


TELEGRAM%20PENAGRADUAN