Melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Terdapat beberapa penambahbaikan yang dapat dilihat antaranya jumlah bantuan diberikan maksimum sehingga RM3,100 berbanding sebelum ini berjumlah RM2,500.
Sila ikuti perkongsian yang kami sediakan dibawah berkaitan dengan bantuan bakul makanan berjumlah RM100 sebulan. Semoga bermanfaat.
STR Tambahan RM600
Permohonan Bantuan RM600 Baucar dan Bakul Makanan STR. Di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR), isi rumah yang layak akan menerima sumbangan hingga RM3,100 bergantung pada bilangan anak.
Ini adalah sebahagian daripada intipati Belanjawan 2023 di bawah bantuan rakyat supaya isi rumah yang benar-benar terkesan, mendapat manfaat yang lebih daripada STR.
Selain itu, Kerajaan juga akan memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih.
Sumbangan itu akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM600.
Syarat Kelayakan Bantuan Bakul Makanan
Bantuan Bakul Makanan dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenalpasti berada dalam kategori miskin tegar.
Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:
Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data e-Kasih; dan
Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan.
Tarikh Pembayaran Bantuan Bakul Makanan
Bantuan akan disalurkan bermula bulan Julai hingga Disember 2023.
Lebih 200,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM600 sejak Isnin lalu(17/7/2023), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sumbangan itu membolehkan penerima mendapatkan barangan keperluan makanan asas.
Semakan e-Kasih Untuk Tambahan RM600 STR
Bagi mengetahui sama ada nama anda tersenarai dalam data eKasih sebagai penerima tambahan RM600 Sumbangan Tunai Rahmah (STR), semakan boleh dibuat secara online melalui pautan berikut;
https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/CarianAwam/Pages/default.aspx
– Masukkan nombor kad pengenalan (tanpa – ) contoh 850101012221
– Klik untuk carian
Mereka yang tersenarai di bawah data e-kasih akan dipaparkan maklumat berikut;
Nama
– KIR / AIR
– Nama KIR
– Status Daftar
– Negeri
– Daerah
Untuk semakan ekasih bagi ahli isi rumah (AIR) iaitu sama ada isteri atau anak, boleh juga nombor kad pengenalan mereka bagi mengetahui status e-kasih.
Maklumat yang dipaparkan bagi ahli isi rumah (AIR) iaitu anak atau isteri adalah sebagaimana contoh di bawah:
Bantuan RM600 Baucar dan Bakul Makanan
Buat masa ini Kerajaan belum lagi memperincikan apakah bentuk barangan atau bakul makanan yang akan diberikan.
Namun berdasarkan pengalaman penerima bakul makanan JKM 2021 (ketika PKP) bakul makanan yang disediakan merupakan keperluan asas keluarga seperti berikut :
BIL. | SENARAI BARANG KEPERLUAN |
1. | Beras |
2. | Minyak Masak |
3. | Gula |
4. | Tepung Gandum |
5. | Susu Pekat |
6. | Teh |
7. | Kopi |
8. | Biskut |
9. | Kicap Manis |
10. | Sardin |
11. | Sos Cili |
12. | Garam Halus |
13. | Bihun |
Begitu juga untuk baucar untuk barangan makanan asas, akan diperincikan lagi selepas ini oleh kerajaan apakah bentuk barangan yang boleh dibeli dan tidak boleh dibeli.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi maklumat lanjut.