FLYSiswa : Bantuan Subsidi Tiket Penerbangan Tahun 2023

Photo of author

By admin

FLYSISWA%20(2)
TELEGRAM%20PENAGRADUAN


Semakan Bantuan Subsidi Tiket Penerbangan Tahun 2023

Susulan pengumuman berkaitan pelaksanaan inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar universiti awam bagi laluan domestik antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan yang telah dibuat pada 12 Julai 2023, Kementerian Pengangkutan memaklumkan bahawa pelaksanaan inisiatif ini bermula pada 15 Ogos 2023 (Selasa).



Bantuan Subsidi Tiket Penerbangan

Bantuan Subsidi Tiket Penerbangan atau FLYSiswa merupakan inisiatif daripada Kerajaan Perpaduan untuk mengeratkan hubungan antara Semenanjung dan Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan di samping menangani kos sara hidup selaras dengan aspirasi Malaysia Madani

Pelaksanaan bantuan ini adalah untuk mengurangkan beban kewangan pelajar yang ingin pulang ke kampung halaman semasa cuti semester pengajian

flysiswa

Jumlah Bantuan Subsidi Tiket Penerbangan

Jumlah bantuan yang diberikan melalui Bantuan Subsidi Tiket Penerbangan adalah sebanyak RM300.

Bantuan ini dijangkan akan memanfaatkan lebih 56,000 pelajar daripada universiti awam dengan implikasi kos keseluruhan yang dianggarkan berjumlah 16.8 juta.

Baca Juga :


Tarikh & Tempoh Pelaksanaan

Inisiatif ini dilaksanakan bermula pada 15 Ogos 2023 (Selasa).

Tarikh akhir penebusan adalah pada 31 Disember 2023.

Namun begitu, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan subsidi tiker adalah dibenarkan.

Terma & Syarat Bantuan Subsidi Tiket Penerbangan



Antara terma dan syarat bagi bantuan subsidi tiket penerbangan ini adalah seperti berikut:
1. Pelajar yang layak untuk menerima subsidi ini adalah semua pelajar warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di universiti awam pada tahun 2023 dalam kategori berikut;
-berasal dari Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Semenanjung Malaysia;
-berasal dari Semenanjung Malaysia (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan;
-berasal dari Sabah (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan;
-berasal dari Sarawak (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan; atau
-berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Sarawak.
2. Hanya sah untuk pembelian tiket penerbangan sehala atau dua hala bagi laluan penerbangan kelas ekonomi antara tempat asal (Semenanjung Malaysia/ Sabah/ Sarawak/ Labuan) dan tempat pelajar sedang menuntut (Semenanjung Malaysia/ Sabah/ Sarawak/ Labuan);
3. Hanya boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan Malaysia Aviation Group (Malaysia Airlines/ MASwings/ FireFly), AirAsia, Batik Air dan MYAirline;
4. Permohonan baucar hanya dibenarkan sekali sahaja daripada mana-mana satu (1) syarikat penerbangan; dan
5. Tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada 31 Disember 2023. Namun, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan.

Cara Membuat Semakan & Penebusan

Semakan dan penebusan bantuan subsidi tiket penerbangan boleh dibuat melalui laman web Kementerian Pengangkutan berikut:

Pautan: https://subsidiudara.mot.gov.my/


Masukkan Nombor Kad Pengenalan & Pilih Nama Universiti untuk semakan

Cara Pembelian Tiket & Penggunaan Baucar

Setelah membuat semakan, pelajar yang layak boleh membuat permohonan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan daripada mana-mana satu (1) syarikat penerbangan berikut;
Malaysia Airlines (termasuk MASwings & FireFly) : https://www.malaysiaairlines.com/my/en/cug/flysiswa.html
Air Asia : https://www.airasia.com/aa/flysiswa/
Batik Air : https://batikair.com/en/
MYAirline : https://www.myairline.my/page/fly-siswa


Inisiatif ini dilaksanakan melalui kaedah pemberian credit shell di mana syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 kepada setiap pelajar yang layak untuk ditebus bagi maksud pembelian tiket penerbangan bagi laluan-laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Sekiranya harga tiket yang dibeli adalah kurang daripada RM300, baki baucar digital akan kekal dalam credit shell dan boleh digunakan untuk pembelian tiket seterusnya.

contoh%20baucar%20subsidi

Rayuan Bagi Yang Tidak Layak

Sekiranya pelajar didapati tidak layak, pelajar boleh membuat semakan dan rayuan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi melalui universiti masing- masing.

Buat masa ini, pelajar yang layak adalah pelajar yang berdaftar di universiti awam sehingga tahun akademik 2022/2023 pada 30 Jun 2023.


Siaran Media Kementerian Pengangkutan Malaysia

Susulan pengumuman berkaitan pelaksanaan inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar universiti awam bagi laluan domestik antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan yang telah dibuat pada 12 Julai 2023, Kementerian Pengangkutan ingin memaklumkan bahawa pelaksanaan inisiatif ini telah bermula pada hari ini (15 Ogos 2023).

siaran%20media
siaran%20media%202