Skim Perubatan MADANI : Perkhidmatan Perubatan Percuma Untuk Penerima STR

Photo of author

By admin

PERUBATAN%20MADANI%20NEW
TELEGRAM%20PENAGRADUAN

Skim Perubatan Madani : Cara Semak & Syarat Kelayakan

Skim perubatan MADANI ialah sebuah inisiatif daripada Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Skim Ini menyediakan perkhidmatan perubatan percuma kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) B40, yang mana bertujuan untuk menawarkan kepada golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Luar Kes-Kes Akut).

Pada dasarnya, di bawah skim tersebut, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan keluarga mereka boleh menerima rawatan percuma di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar di bawah skim perubatan MADANI bagi mengurangkan beban perbelanjaan perubatan di samping meningkatkan kesejahteraan penduduk.



Inisiatif ini telah bermula pada 15 Jun 2023 dan telah memasuki Fasa 2 yang juga telah dimulakan pada minggu ke-2 Ogos 2023 serta akan memasuki Fasa ke-3 pada September ini. Berikut ialah cara semakan dan kelayakan daripada skim perubatan MADANI yang kami akan kongsikan kepada anda.

Dari 15 Jun 2023 hingga 31 Disember 2023, Skim Perubatan MADANI ditawarkan
secara automatik di bawah kategori berikut untuk kemudahan kategori yang layak:

KATEGORI (bagi penerima Sumbangan
Tunai Rahmah)

Jumlah Kos Rawatan Yang Ditanggung
Sehingga 31 Disember 2023

Isi Rumah Berkeluarga

RM250

Warga Emas (tanpa pasangan)
– 60 tahun keatas

RM125

Bujang
– 21 hingga 59 tahun
– 19 hingga 59 tahun (OKU)

RM75


*Nota: Jumlah caj rawatan bagi setiap lawatan ialah dalam lingkungan RM60 – RM160



Baca Juga :


Jenis Rawatan Percuma Skim Perubatan Madani

Rawatan pesakit luar kes-kes akut merangkumi:
1. Demam dan selsema
2. Cirit-birit dan muntah
3. Terseliuh
4. Sakit kepala
5. Trauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain

Rawatan yang tidak termasuk adalah:
1. Imunisasi rutin
2. Saringan kesihatan
3. Rawatan susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) rutin
4. Rawatan susulan ibu dan anak rutin
5. Perancangan keluarga rutin
6. Perkhidmatan rehabilitasi
7. Permintaan ubat tanpa konsultasi doktor
8. Permintaan suplemen

Syarat Kelayakan



Syarat kelayakan juga adalah daripada Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan juga golongan bujang. Kelayakan juga adalah secara automatik.

Kepada golongan yang layak, WAJIB membuat penghisytiharan bahawasanya mereka TIDAK menerima sebarang manfaat yang sama atau serupa seperti Skim ini daripada mana-mana skim majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan lain.

Semakan Kelayakan

Anda boleh terus menjalankan semakan kelayakan melalui aplikasi untuk pengguna MySejahtera. Pada halaman utama MySejahtera anda, paparan seperti berikut akan dipaparkan:
mysejahter
mysejahter%202



Anda boleh mendapatkan rawatan secara percuma mengikut kategori kelayakan anda jika anda layak. Sila gunakan carian seperti yang ditunjukkan di bawah untuk merujuk senarai klinik yang termasuk dalam skim ini:
mysejahter%203
Sila klik pada butang “search” ataupun carian untuk semakan klinik yang sedia ada menawarkan skim ini.

Semakan kelayakan secara online juga boleh dibuat melalui pautan berikut: KLIK SINI


Tempoh Sah Laku

Inisiatif ini bermula pada 15 Jun 2023 sehingga 31 Disember 2023.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Layari laman seswang dibawah untuk maklumat lanjut

Laman Rasmi Skim Perubatan MADANI



TELEGRAM%20PENAGRADUAN