Permohonan Bantuan Kanak-Kanak (BKK) Dari JKM Tahun 2023

Photo of author

By admin

BKK%20JKM
TELEGRAM%20PENAGRADUAN


Bantuan Kanak-Kanak (BKK) Tahun 2023. Syarat Penuh & Cara Mohon

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menawarkan 11 jenis bantuan bagi meringankan beban rakyat, terutamanya kumpulan sasar KPWKM. Antara jenis bantuan yang diberi ialah Bantuan Kanak-kanak.

Bergantung pada beberapa kriteria, kanak-kanak yang layak boleh memperoleh bantuan sebanyak RM150 sebulan (minimum) sehingga RM1000 sebulan (maksimum).



Berikut kami sediakan beberapa info penting berkaitan dengan bantuan kanak-kanak (BKK) dari JKM.Semoga dengan adanya inisiatif dari kerajaan yang dapat meringankan beban rakyat dari segi kewangan. Semoga bermanfaat.

Objektif & Tujuan BKK JKM



Dikenali sebagai program Bantuan Kanak-Kanak (BKK JKM), ianya bertujuan membantu keluarga / penjaga kepada anak / kanak-kanak atau membantu anak / kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.

Selain itu, BKK JKM turut bertujuan membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.

Baca Juga :


Syarat Kelayakan Bantuan Kanak-kanak JKM

1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia
2. Keluarga/penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
3. Kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah
4. Remaja berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas
5. Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Senarai 3 – Jadual Kesembilan Senarai Perundangan

bkk2

Kadar Bayaran Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

Minimum sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan mengikut pecahan berikut :
§ RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah;
§ RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun; dan
§ Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan


bkk

Cara Permohonan Bantuan Kanak-Kanak (BKK)



1. Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara
2. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon; dan
3. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak
4. Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Jajahan/Bahagian seperti:
5. Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
6. Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama;
7. Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama;
8. Salinan penyata gaji (jika ada); dan
9. Lain-lain dokumen yang berkaitan
10. Pemohon boleh melengkapkan borang berikut:
– JKM 18 Borang Permohonan Bantuan 
– JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan


Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi JKM atau Portal Manfaat Bajet 2023 di pautan berikut: https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bkk.html


TELEGRAM%20PENAGRADUAN