Jadual Tarikh Bayaran PERKESO Tahun 2024

Photo of author

By admin

Jadual Tarikh Bayaran PERKESO Tahun 2024

Berikut dikongsikan tarikh bayaran bulanan PERKESO bagi tahun 2024 seperti yang tertera di portal rasmi Pertubuhan Keselamatan Sosial.

Untuk makluman, PERKESO atau SOCSO menyediakan bantuan dari segi perubatan dan kewangan kepada pekerja yang ditimpa malang.

Terbaru, PERKESO melancarkan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) yang bertujuan melindungi pekerja yang kehilangan pekerjaan.

Melalui program SIP ini, bantuan kewangan segera (7 hari selepas pengesahan hilang kerja) akan diberikan iaitu sebanyak RM600 (maksimum 3 bulan).

Pada tahun 2020 melalui insentif PENJANA, PERKESO turut memperkenalkan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) dan Program Subsidi Upah sehingga RM1,200 sebulan.

Untuk maklumat lanjut, layari Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO.

Bayaran Perkeso

Sumbangan PERKESO adalah wajib bagi semua pekerja Malaysia yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 setiap bulan (termasuk yang bekerja sementara atau kontrak).

Walaubagaimanapun, sumbangan tersebut tidak wajib bagi mereka yang berpendapatan RM3,000 ke atas.
Disebabkan oleh prinsip “sekali sertai, sentiasa ahli”, ahli PERKESO yang telah menyumbang kepada PERKESO akan terus menjadi ahli walaupun gajinya telah melepasi RM3,000.

Semua pekerja yang layak perlu didaftar tanpa mengira berapakah umur mereka.

Untuk pekerja yang berumur 60 tahun ke bawah, majikan perlu membayar caruman jenis pertama dan apabila berumur mencapai umur 60 tahun genap, majikan hanya perlu membayar caruman jenis kedua sahaja. Pekerja yang berumur lebih 55 tahun semasa pertama kali masuk kerja di perusahaan yang layak di bawah Akta dan belum pernah mencarum, perlu membayar caruman jenis kedua.

Bayaran PERKESO

Sama seperti KWSP, mana-mana majikan yang gagal mendaftar boleh dikenakan tindakan kompaun. Jika gagal jelaskan kompaun, tindakan Pendakwaan boleh diambil. Manakala majikan yang gagal mencarum, boleh terus diambil tindakan pendakwaan.

Kadar caruman pekerja adalah berdasarkan kepada gaji pekerja iaitu termasuk upah, kerja lebih masa, komisen dan caj perkhidmatan, bayaran cuti tahun, sakit, bersalin, rehat, kelepasan am, elaun insentif, sara hidup dan sebagainya. Semua pembayaran sama ada mengikut jam, harian, mingguan, bulanan, hasil kerja adalah dianggap gaji.

Untuk maklumat lanjut anda boleh baca segala maklumat di portal rasmi PERKESO.

Anda Mungkin Berminat :

Tarikh Rasmi Bayaran PERKESO

Kadar caruman ini ditentukan berdasarkan gaji bulanan anda. Sebagai contoh, jika gaji melebihi RM1,400 tetapi tidak melebihi RM1,500, kadar caruman anda adalah sebanyak RM32.6 sebulan.

Kadar caruman tersebut dikongsi melalui syer majikan dan syer pekerja. Untuk info lanjut berkenaan hal ini, anda boleh rujuk jadual kadar caruman di sini.

Bayaran PERKESO

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Bagi anda yang inginkan maklumat tambahan berkenaan jadual pembayaran PERKESO dan Pencen ILAT 2024 ini anda boleh terus ke laman rasmi PERKESO di sini.