PADU 2024 : Cara Daftar & Kemaskini Maklumat

Photo of author

By admin

PADU 2024 : Cara Daftar & Kemaskini Maklumat

Seiring dengan kemajuan teknologi, kerajaan telah mengumumkan pelancaran Sistem Pangkalan Data Utama atau singkatannya PADU pada 2 Januari 2024.

PADU merupakan pangkalan data utama negara yang selamat dan komprehensif ke arah digitalisasi dan penghasilan analitik yang tepat.

Bermula 2 Januari 2024, semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas digalakkan mendaftar dan mengemas kini maklumat anda.

Salah satu kepentingan mendaftar adalah memastikan rakyat yang layak mendapat manfaat tidak tercicir daripada menerima subsidi bersasar, bantuan dan perlindungan sosial melalui sistem ini.

____________________
Lebih 60 Ribu Sudah Bergabung Di Channel Telegram Kami Untuk Dapat Info Bantuan Terkini. Join Sekarang!
____________________

Sistem Pangkalan Data Utama @ PADU

Pangkalan Data Utama (PADU), mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia. Maklumat profil ini akan diperolehi melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber.

Anda boleh mengemaskini maklumat bermula 2 Januari 2024 dan seterusnya pada bila-bila masa sekiranya terdapat sebarang perubahan seperti alamat semasa, maklumat pekerjaan dan pendapatan. Sila rujuk Portal PADU bagi sebarang pengumuman terkini.

Baca Juga :

Pangkalan Data Utama @PADU adalah berlainan dengan program ID Digital Nasional (IDN).

PADU merupakan satu pangkalan data yang mengandungi maklumat individu manakala IDN merupakan pengenalan diri secara digital yang memudahkan individu untuk melaksanakan urusan dalam talian.

Buat masa kini, sistem tersebut menggunakan pengesahan identiti individu melalui e-KYC sahaja.
Pengintegrasian IDN dengan Sistem Pangkalan Data Utama akan dilaksanakan kelak.

photo 2024 03 27 23 12 11

Objektif & Matlamat PADU 2024

Berikut merupakan objektif pengenalan Sistem Pangkalan Data Utama :

• Penyediaan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan “near real time” bagi digitalisasi dan penghasilan analitik berkala.
• Penggubalan dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data.
• Membolehkan pelaksanaan dasar secara bersasar bagi mengimbangi kedudukan fiskal.

photo 2024 03 27 23 15 20

Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) diperkenalkan untuk mencapai matlamat berikut:

• Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.
• Mengoptimumkan penggunaan sumber yang terhad.
• Memperkasa sistem sosial melalui peningkatan kesejahteraan ekonomi dan rakyat.
• Merapatkan jurang sosioekonomi dengan mengimbangi keperluan rakyat.

Kenapa Perlu Daftar PADU?

Dengan mendaftar dan mengemaskini maklumat dalam portal ini, anda dapat memastikan anda tidak tercicir daripada menerima bantuan atau perlindungan sosial sekiranya layak.

Tempoh tiga (3) bulan pengemaskinian maklumat dalam Fasa 1 untuk membolehkan Kerajaan memproses data berkenaan bagi menentukan kelayakan individu berdasarkan jenis bantuan Kerajaan.

PADU akan menjadi asas untuk penggubalan dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data termasuk pemberian bantuan subsidi kepada golongan yang memerlukan dan ke arah pembaharuan kebajikan sosial.

Kategori Yang Perlu Daftar PADU 2024

Semua warganegara dan pemastautin tetap yang menetap di Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas boleh mendaftar PADU bagi memastikan anda tidak tercicir untuk mendapat manfaat daripada inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan.

• IR merupakan seorang atau sekumpulan yang menetap bersama dalam satu tempat kediaman dan membuat peruntukan (perbelanjaan) secara bersama untuk makanan dan keperluan hidup yang lain.
• AIR merujuk individu atau ahli dalam sesuatu IR.
• KIR pula ialah seorang AIR biasa sama ada lelaki atau perempuan yang dianggap sebagai ketua oleh AIR yang lain. KIR mesti seorang penerima pendapatan dan berumur 18 tahun ke atas.
Masih keliru siapa ketua isi rumah dan siapa ahli isi rumah?

Tempoh Pendaftaran

Pendaftaran dibuka mulai 3 Januari hingga 31 Mac 2024. Ayuh, jangan ketinggalan!

photo 2024 03 27 23 16 42

Kemaskini Data PADU Sebelum 31 Mac 2024

Rakyat diingatkan untuk mengemaskini maklumat di sistem Pangkalan Data Utama (PADU) sebelum 31 Mac 2024 bagi mengelakkan diri tercicir daripada sebarang bantuan kerajaan.

APA YANG AKAN TERJADI SELEPAS 31 MAC 2024?

1. Bagi individu yang berada di batasan M40 dan B40 yang tidak pernah mendapat bantuan subsidi kerajaan atau STR, dinasihatkan untuk mengemaskini maklumat di dalam sistem kerana bantuan subsidi bersasar yang akan diperkenalkan oleh Kerajaan adalah menggunakan pendekatan pendapat boleh guna yang memungkinkan individu tersebut layak menerima bantuan.

2. Individu yang tidak mengemaskini maklumat dalam sistem ini perlu menunggu sehingga pusingan seterusnya pengemaskinian yang akan dibuka secara berkala mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Kerajaan.

Sementara itu, semua penjawat awam diminta untuk mengemas kini maklumat dan data dalam sistem PADU dengan kadar segera,selewat-lewatnya pada 15 Februari 2024.

Berikut dilampirkan SURAT EDARAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT DAN DATA SEMUA PENJAWAT AWAM DALAM PANGKALAN DATA UTAMA (PADU)

photo 2024 03 27 22 57 30 photo 2024 03 27 22 57 34

Daftar segera di https://padu.gov.my.

Syabas diucapkan kepada Individu yang telah mengemaskini maklumat dalam PADU kerana anda telah mengambil peluang ini untuk Kerajaan membantu anda.

3 Langkah Daftar Online PADU 2024

Sistem PADU telah dibuka secara rasmi selepas sesi perasmian YAB Perdana Menteri pada tengah hari 2 Januari 2024. Pautan PADU di www.padu.gov.my.

Berikut adalah langkah yang perlu dilakukan untuk mendaftar:

photo 2024 03 27 22 59 38

1. MAKLUMAT ASAS

• Layari www.padu.gov.my. Tekan butang ‘DAFTAR SEKARANG’. Maklumat pendaftaran mestilah sama seperti yang tertera pada kad pengenalan. Isikan nombor telefon bimbit dan e-mel yang sah serta aktif untuk penerimaan OTP.

2. PENGESAHAN AKAUN

• Anda perlu mengisi OTP yang diterima melalui e-mel atau SMS dalam tempoh 3 minit. Permohonan semula diperlukan sekiranya tidak menerima OTP dalam tempoh ditetapkan atau tamat tempoh pengisian.

3. TETAPKAN KATA LALUAN

• Kata laluan mestilah ditetapkan dengan kombinasi huruf besar, kecil dan simbol istimewa. Kata laluan ini diperlukan untuk log masuk bagi proses pengemaskinian maklumat.

Apakah maklumat yang perlu diisi dan dikemaskini? Sila rujuk infografik di bawah. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.

photo 2024 03 27 23 01 24

Berikut adalah 3 langkah mudah eKYC, iaitu proses pengesahan identiti bagi melindungi maklumat individu:

photo 2024 03 27 23 02 20
Setelah berjaya mendaftar, anda akan mendapat notifikasi melalui telefon bimbit seperti berikut:

photo 2024 03 27 23 03 19

Pendaftaran Secara Manual Di Kaunter PADU

Memandangkan capaian internet di bandar dan luar bandar yang berbeza, maka kerajaan telah memperkenalkan pelbagai mod pendaftaran dan pengemaskinian maklumat setiap warganegara Malaysia di sistem Sistem Pangkalan Data Utama:

photo 2024 03 27 23 04 52

Bagi pendaftaran secara manual, pastikan anda membawa dokumen berikut:

1. Kad pengenalan & salinan kad pengenalan
2. Maklumat bank
3. Pendidikan tertinggi
4. Maklumat pekerjaan
5. Maklumat pendapatan
6. Maklumat komitmen

Lokasi Kaunter Setiap Negeri

DOSM telah membuka kaunter di PEDI, Pejabat Daerah dan Pejabat Operasi bagi tujuan pendaftaran.

Sila rujuk kaunter terdekat di daerah anda untuk membuat pendaftaran secara manual.

SENARAI KAUNTER PADU

Senarai lokasi kaunter PADU di seluruh negara boleh didapati di pautan https://padu.gov.my/hubungi/lokasi

Kalau ada masalah atau pertanyaan, sila hubungi Hotline PADU di talian 1-800-88-7720.

Kelebihan Bagi Pendaftar PADU 2024

1) PROMOSI DISKAUN DI MYDIN

Bagi menikmati diskaun kad PADU di cawangan MYDIN, anda dikehendaki mendaftar di MYDIN Rewards WEBAPP melalui mana-mana pelayar internet dalam telefon pintar, tablet, komputer riba atau PC anda.

Seterusnya, anda perlu memasukkan kod verifikasi yang disediakan oleh pihak PADU setelah selesai proses verifikasi pada bahagian kod penebusan MYDIN Rewards WEBAPP seperti dalam paparan di bawah.

photo 2024 03 27 23 08 29

Daftar & Tebus kupon PADU ni memang padu beb! Haa macam mana nak nikmati promosi ini? Ini caranya:

  1. Buat pendaftaran di website PADU https://padu.gov.my/
  2. Selepas selesai pengesahan & perakuan di website PADU, anda akan menerima emel Perakuan Profil Individu. Simpan kod perakuan yang diterima.
  3. Kemudian, imbas Kod QR di bawah atau layari https://rewards.mydin.com
  4. Isi nombor telefon serta butiran yang diperlukan. Klik “Get Verification Code” dan masukkan kod pengesahan OTP yang dihantar ke nombor telefon anda.
  5. Selesai pendaftaran, pergi ke bahagian “My Voucher” dan klik “View Rewards”.
  6. Di ruangan “Redeem Code”, masukkan kod perakuan yang telah diterima daripada emel PADU tadi.
  7. Klik “Available Voucher” dan anda akan menerima kupon promosi MYDIN. Klik “Use Now” untuk menggunakan kupon dan tunjuk kupon tersebut semasa membuat pembayaran di cawangan MYDIN.

Senang kan? Sila kongsikan artikel ini kepada rakan dan saudara mara anda biar lebih banyak kesedaran untuk mendaftar dan mengemaskini PADU.