Pengeluaran KWSP Melalui Akaun 3

Photo of author

By admin

KWSP%20AKAUN%203
TELEGRAM%20PENAGRADUAN

Pengeluaran KWSP Melalui Akaun 3: Pengeluaran Fleksibel Yang Boleh Dilakukan Bila-Bila Masa

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bercadang untuk memperkenalkan Akaun 3 yang membolehkan pengeluaran simpanan dibuat pada bila-bila masa.

Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisam Hussien, berkata Akaun 3 yang dicadangkan itu akan berfungsi seperti akaun simpanan dan ahli boleh membuat pengeluaran KWSP mereka pada bila-bila masa.



Beliau berkata, cadangan memperkenalkan akaun itu juga adalah untuk memenuhi potensi keperluan tunai kecemasan ahli

Katanya, dengan adanya Akaun 3 itu juga, bertujuan untuk menarik minat mereka yang dalam sektor tidak formal untuk membuat caruman dengan KWSP.

Pengeluaran KWSP Fleksibel Melalui Akaun 3

“Akaun 3 akan berfungsi seperti akaun simpanan. Ia adalah untuk memenuhi potensi keperluan tunai kecemasan ahli,” katanya pada taklimat khas KWSP secara maya hari ini.

Mengenai kadar simpanan yang diperuntukkan bagi Akaun 3, Nurhisham berkata, ia mungkin membabitkan antara lima hingga 10 peratus.

Beliau berkata, dengan adanya Akaun 3 yang fleksibel, peratusan caruman bagi Akaun 1 juga akan dinaikkan.

nurhisyam%20kwsp

Katanya, ahli juga akan mempunyai opsyen untuk memindahkan dana simpanan daripada Akaun 3 ke Akaun 1 dan Akaun 2.

Nurhisham berkata, dividen bagi Akaun 3 dijangka lebih rendah memandangkan akaun itu berfungsi seperti akaun simpanan.

Struktur skim simpanan KWSP ketika ini bagi ahli berumur bawah 55 tahun terdiri daripada Akaun 1 dan Akaun 2 dengan kadar peratusan 70 peratus dan 30 peratus.

Mulai 1 Januari 2017, ahli yang telah mencapai umur 55 tahun dan masih bekerja akan mempunyai dua akaun iaitu Akaun Emas dan Akaun 55.

Akaun 55 ialah gabungan Akaun 1 dan Akaun 2 apabila mencapai umur 55 tahun dan ia boleh dikeluarkan pada bila-bila masa setelah ahli mencapai umur 55 tahun.

Akaun Emas pula ialah akaun yang diwujudkan setelah ahli berumur 55 tahun dan mana-mana caruman yang diterima selepas ahli mencapai umur itu akan dikreditkan ke akaun berkenaan dan pengeluaran KWSP boleh dilakukan setelah mencapai umur 60 tahun.

kwsp%201

Baca Juga :

Pengeluaran KWSP FSA2

FSA2 adalah bertujuan untuk memboleh ahli KWSP membuat permohonan awal Pengeluaran KWSP Bersyarat Umur 50 tahun atau 55 tahun bagi membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

Permohonan ini memboleh ahli mengambil kira simpanan yang ada dalam akaun 2 untuk mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan di mana bayaran pengeluaran hanya akan dibuat kepada pihak institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur 50 hingga 55 tahun tertakluk kepada pilihan umur pengeluaran ahli

Pada masa yang sama, ahli perlu membayar ansuran bulanan sepertimana yang ditetapkan oleh institusi perbankan.

Maklumat Lanjut mengenai Pengeluaran KWSP FSA2 – klik sini.


fasa%202


Inisiatif Caruman i-Suri KWSP

Inisiatif caruman isuri KWSP adalah program yang ditawarkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membantu wanita yang bekerja atau berusaha sendiri meningkatkan simpanan persaraan mereka. Inisiatif ini bertujuan untuk memberikan perlindungan dan sokongan kewangan kepada wanita semasa bekerja dan pada masa persaraan.



Melalui inisiatif caruman isuri KWSP, wanita pekerja atau usahawan dapat menyumbang kepada KWSP dengan kadar yang sama seperti pekerja lelaki. Ini bermakna mereka dapat menyumbang 11% daripada gaji bulanan mereka ke akaun KWSP mereka, sama seperti pekerja lelaki, yang sebelum ini hanya menyumbang 9%. Dengan ini, wanita memiliki peluang untuk meningkatkan simpanan persaraan mereka dengan jumlah yang lebih tinggi.

Keputusan untuk memperkenalkan inisiatif caruman isuri KWSP ini adalah hasil daripada kesedaran akan kesenjangan persaraan dan keperluan untuk memberikan perlindungan yang sama kepada wanita dalam aspek kewangan semasa persaraan. Dalam banyak kes, wanita menghadapi cabaran unik seperti masa cuti bersalin, keperluan penyeliaan anak, dan penjagaan ibu bapa. Ini mungkin memberi impak kepada kesinambungan kerjaya dan kesempatan untuk menyumbang kepada simpanan persaraan mereka.

SUMBER: Berita Harian

TELEGRAM%20PENAGRADUAN