Pengeluaran KWSP Dari RM3,000 Sehingga RM50,000

Photo of author

By admin

KWSP%20RM3K RM50K
TELEGRAM%20PENAGRADUAN

Pengeluaran KWSP RM3,000 Sehingga RM50,000. Syarat Penuh & Cara Permohonan

Lebih 4 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan simpanan KWSP dengan program terbaharu iaitu Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2).

FSA2 membolehkan anda untuk membuat pengeluaran KWSP minimum RM3,000 sehingga maksimum RM50,000.



Berikut kami kongsikan beberapa info berkaitan dengan pengeluaran KWSP RM3K sehingga RM50K. Semoga bermanfaat.

Pengeluaran KWSP FSA2

FSA2 adalah bertujuan untuk memboleh ahli KWSP membuat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 tahun atau 55 tahun bagi membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

Permohonan ini memboleh ahli mengambil kira simpanan yang ada dalam akaun 2 untuk mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan di mana bayaran pengeluaran hanya akan dibuat kepada pihak institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur 50 hingga 55 tahun tertakluk kepada pilihan umur pengeluaran ahli

Pada masa yang sama, ahli perlu membayar ansuran bulanan sepertimana yang ditetapkan oleh institusi perbankan.
FSA2%20kwsp



Amaun Kelayakan Pengeluaran KWSP

Berikut dikongsikan amaun pengeluaran yang boleh dibuat berdasarkan simpanan Akaun 2:
amaun%20kelayakan%20kwsp


Baca Juga :
– Pengeluaran KWSP Melalui Akaun 3
– Permohonan Bantuan E-Wallet RM300 Kini Dibuka
– MyLesen 2023 : Permohonan Bantuan Lesen Percuma Tahun 2023



Syarat Pengeluaran KWSP

Berikut dikongsikan syarat untuk membuat pengeluaran KWSP:
1. Terbuka kepada ahli KWSP yang belum mencapai umur 55 tahun (tertakluk kepada syarat umur kelayakan yang ditetapkan oleh institusi perbankan yang berkenaan)
2. Warganegara Malaysia
3. Permohonan adalah sekali sahaja
4. Permohonan yang telah lulus tidak boleh dibatalkan
5. Amaun simpanan minimum RM3,000 dalam akaun 2 KWSP
6. Amaun maksimum bagi pengeluaran bersyarat tidak melebihi RM50,000 dalam akaun 2 (tertakluk kepada amaun pembiayaan peribadi yang diluluskan oleh institusi perbankan)
syarat%20permohonan


Nota: Ahli hendaklah membuat penilaian kesedaran dan kefahaman mengenai Fasiliti Sokongan Akaun 2 dengan institusi perbankan sebelum ahli membuat keputusan sama ada perlu meneruskan permohonan pembiayaan peribadi atau sebaliknya. Selain itu, dalam tempoh pembiayaan tersebut, ahli boleh mendapatkan nasihat kewangan secara terus daripada Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP, AKPK atau perunding kewangan bank, jika perlu.


Cara Membuat Permohonan



Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui institusi perbankan yang mengambil bahagian. Terdapat 3 langkah utama yang perlu dilakukan oleh ahli:


Langkah 1: Membuat semakan awal kelayakan simpanan Akaun 2 KWSP melalui portal institusi perbankan yang mengambil bahagian.
Langkah 2: Membuat permohonan pembiayaan peribadi melalui portal institusi perbankan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh institusi perbankan.
Langkah 3: Mengemukakan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun dengan KWSP melalui portal institusi perbankan, berdasarkan amaun pembiayaan peribadi yang telah diluluskan oleh institusi perbankan berkenaan.
cara%20permohonan


4 Juta Pencarum KWSP Akan Mendapat Manfaat Melalui Pengeluaran KWSP

Kemudahan ini bakal memanfaatkan lebih daripada 4 juta ahli KWSP di bawah umur 55 tahun yang layak.

Kadar faedah (konvensional) atau kadar keuntungan (islamik) yang akan dikenakan oleh institusi perbankan dijangka antara 4% hingga 5% setahun

Kadar ini jauh lebih rendah daripada kadar pasaran semasa pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan yang lain.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang maklumat lanjut berkaitan FSA2 boleh diperolehi melalui saluran berikut:
Laman web rasmi KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ ATAU
Terus ke pautan pantas https://fsa2.kwsp.gov.my/


Kredit: Blog Rojak

TELEGRAM%20PENAGRADUAN