Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RM800 Tahun 2023 Kini Dibuka

Photo of author

By admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai kementerian atau jababatan kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satu inisiatif kerajaan adalah melalui Bantuan Musim Tengkujuh (BMT). Berikut dikongsikan maklumat lanjut mengenai bantuan ini.



Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) adalah sebuah inisiatif kerajaan yang bertujuan untuk meringankan/mengurangkan beban kewangan pekebun kecil/penoreh getah yang berkelayakan semasa musim tengkujuh.
bmt%202023



Jumlah Bayaran Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023

Untuk Tahun 2023, jumlah dan tempoh bayaran telah ditingkatkan daripada RM600 kepada RM800 dan daripada dua bulan kepada empat bulan iaitu pada bulan:
– November 2023: RM200
– Disember 2023: RM200
– Januari 2024: RM200
– Februari 2024: RM200

Semua penyaluran BMT akan dibayar secara pemindahan dana elektronik (Electronic Fund Transfer – EFT) terus ke akaun penerima yang layak oleh Pihak Berkuasa Kemjuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
bmt%202023%202



Baca Juga :

Syarat Kelayakan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023

Berikut dikongsikan syarat kelayakan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023:
1. 1 lot hanya Seorang penerima sahaja (Pekebun Kecil atau Penoreh) layak menerima bantuan
2. Seorang Pekebun Kecil atau Penoreh hanya layak menerima bantuan sekali sahaja

Pekekebun Kecil (Pemilik Tanah Yang Memiliki dan Mengusahakan Lot Bertanam Getah)
– Warganegara Malaysia
– Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA
– Mempunyai jumlah keluasa milikan tanah antara 0.1 hingga 2.5 hektar
– Pemilik tanah yang sah
– 1 lot tanah hanya seorang pemilik/penama sahaja yang layak menerima bantuan

Penoreh (Bukan Pemilik Tanah)
– Warganegara Malaysia
– Penoreh yang berdaftar dengan RISDA
– Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar
– 1 lot tanah hanya seorang penoreh/penama sahaja yang layak menerima bantuan
– Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah ketika permohonan di buat

Cara Membuat Permohonan



Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan:
1. Permohonan & Pengemaskinian Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023 sudah bermula pada 15 Jun 2023 Sehingga 15 September 2023
2. Permohonan boleh dibuat melalui Portal Pekebun Kecil RISDA
3. Permohonan oleh Pekebun Kecil boleh dibuat di mana-mana Pejabat RISDA berdekatan
4. Permohonan oleh Penoreh hanya boleh dibuat di Pejabat RISDA di mana kebun yang ditoreh itu berada

Dokumen Yang Diperlukan

1. Pekebun Kecil yang bukan di bawah mana-mana Agensi
– Kad pengenalan pemohon dan salinan; dan
– Geran asal tanah dan salinan; dan
– Salinan buku akaun bank yang aktif.



2. Penoreh Bukan Pemilik
– Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
– Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah; dan
– Salinan geran lot yang ditoreh; dan
– Salinan buku akaun bank yang aktif; dan
– Salinan Kad PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G; dan
– Surat pengesahan daripada pemilik tanah/wakil yang sah

3. Pekebun Kecil di bawah Agensi
– Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
– Geran asal tanah dan salinan (jika memiliki tanah bergeran atau mempunyai dokumen hakmilik tanah yang sah); dan
– Salinan buku akaun bank yang aktif; dan
– Surat pengesahan daripada Agensi
– Salinan Kad PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G (Wajib bagi permohonan di bawah Jabatan Pertanian Sarawak (JPS) dan JAKOA sahaja).

Semakan Bantuan Musim Tengkujuh 2023

Untuk membuat semakan permohonan, anda boleh melayari Portal Pekebun Kecil RISDA.


Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) pada talian 03-4256 4022

Kredit : Blogrojak

TELEGRAM%20PENAGRADUAN