STR Fasa 4 : Semakan Tarikh Bayaran & Jumlah Bayaran Yang Bakal Diterima

Photo of author

By admin

STR%20FASA%204
TELEGRAM%20PENAGRADUAN

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4

STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Kerajaan juga akan memberi bantuan STR tambahan RM600 kepada isi rumah termiskin mengikut data e-Kasih.



Bayaran STR Fasa 1, Fasa 2, dan Fasa 3 telah diagihkan pada 17 Januari, 5 April, dan 26 Jun 2023 .

Berikut kami kongsikan beberapa info penting berkaitan dengan STR Fasa 4. Semoga bermanfaat. 


Kategori Kelayakan STR

Kategori yang layak bagi STR buat setakat ini adalah isi rumah, warga emas tiada pasangan dan bujang.

Penerima STR Fasa 1 ini adalah daripada data BKM 2022. Oleh sebab itu, sekiranya anda bukan penerima sebelum ini dan ingin membuat permohonan baru, dijangkakan permohonan baru bakal dibuka pada masa akan datang.

syarat%20str

Penerima STR Fasa 4

LHDN memaklumkan bahawa Penerima Bayaran Fasa 4 adalah merujuk kepada penerima Fasa 1 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari.

Ini bermaksud, permohonan baharu dan kemaskini STR yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran akan dilakukan pada Fasa 4 kepada penerima STR yang layak.



Baca Juga :

Jumlah Bayaran STR Fasa 4

Berikut adalah jumlah pembayaran bagi STR Fasa 4:
str%20fasa%204



Tarikh Bayaran STR Fasa 4

Pembayaran STR Fasa 4 dijangka akan dibayar secara berperingkat pada November 2023.

Seperti sebelum ini, bayaran bantuan akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang layak. Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka tidak aktif, pembayaran STR akan dibuat secara penebusan tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran.

Semakan Status STR Fasa 4

Semakan ѕtаtuѕ bоlеh dіbuаt melalui pautan bеrіkut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/


Sіlа rujuk раnduаn melalui іnfоgrаfіk di bаwаh:
1. Klіk lok masuk MySTR
2. Mаѕukkаn nоmbоr Mуkаd pemohon
3. Pеngеѕаhаn kаtа kunсі keselamatan
4. Maklumat уаng аkаn dірараrkаn :
o Nаmа реmоhоn
o No Mykad реmоhоn
o Stаtuѕ реrmоhоnаn
o Mаklumаt реmbауаrаn Fasa 1 (jika layak)
5. Klіk mеnu Semakan Pеmbауаrаn Fаѕа 1
6. Mаѕukkаn kata lаluаn

Dіѕеrtаkаn contoh рараrаn уаng akan dіlіhаt pada lаmаn web semakan.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.

Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Atau anda boleh layari Portal Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/ 

TELEGRAM%20PENAGRADUAN