Bantuan Kerajaan RM100 Dikreditkan Ke Dalam MyKad
Melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Terdapat beberapa penambahbaikan yang dapat dilihat antaranya jumlah bantuan diberikan maksimum sehingga RM3,100 berbanding sebelum ini berjumlah RM2,500.
Penambahbaikan ini melibatkan perincian isi rumah, lima anak atau tiga anak serta bantuan RM100 berbentuk bakul makanan berbanding peruntukan awal
Berikut kami kongsikan beberapa info penting berkaitan dengan bantuan kerajaan bernilai RM100 selama 6 bulan. Semoga bermanfaat.
Bantuan RM100 Diberikan Secara Berperingkat
STR Tambahan atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan sebuah insiatif wang tambahan yang diperkenalkan oleh kerajaan ketika pembentangan Belanjawan 2023.
Bantuan ini diberikan bertujuan untuk membantu golongan miskin tegar dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi.
Hanya golongan isi rumah di bawah miskin tegar dan tersenarai di dalam data e-Kasih, Pejabat Persekutuan atau Unit Penyelerasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri layak untuk menerima STR Tambahan ini.
Bantuan RM100 akan diberikan dalam tempoh enam bulan (RM100 x 6 Bulan) dalam bentuk bakul makanan dan baucar barangan makanan asas.
Baca Juga :
Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah RM100
Kadar bantuan adalah RM600 dan bantuan akan disalurkan dalam bentuk makanan dan secara baucar barangan makanan asas.
Ia akan diagihkan melalui pengkreditan ke Kad Pengenalan bagi mereka yang layak untuk membuat pembelian barangan makanan di pasaraya terpilih (maklumat mekanisme penyaluran terperinci akan dikemaskini dari semasa ke semasa).
Kategori Yang Layak Terima Bantuan RM100
Bantuan Bakul Makanan dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenalpasti berada dalam kategori miskin tegar.
Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:
– Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data e-Kasih; dan
– Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan
Baca Juga :
Tarikh Pembayaran Bantuan RM100
Bantuan akan disalurkan bermula bulan Julai hingga Disember 2023. Boleh rujuk pada jadual berikut:
BULAN | JUMLAH BANTUAN |
JULAI 2023 | RM100 |
OGOS 2023 | RM100 |
SEPTEMBER 2023 | RM100 |
OKTOBER 2023 | RM100 |
NOVEMBER 2023 | RM100 |
DISEMBER 2023 | RM100 |
Semakan Status STR Tambahan
Semakan Status Penerima Sumbangan Asas Rahmah boleh dibuat di portal rasmi MyKasih.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Maklumat lanjut mengenai STR Tambahan boleh layari laman web STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ atau boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian hotline BKK LHDNM di 1-800-88-2747