Program Dermasiswa B40 2023 : Tawaran Penajaan JPA Bagi Pelajar Lepasan SPM Tahun 2022.
Dengan sukacitanya adalah dimaklumkan, bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa para pelajar yang layak dan menepati kriteria syarat yang ditetapkan untuk memohon Program Dermasiswa B40 anjuran JPA (DB40) bagi tahun 2023.
Untuk pengetahuan, tempoh permohonan adalah dari 31 Julai 2023 sehingga 11 Ogos 2023.
Dibawah kami kongsikan panduan ringkas serta infografik mengenai tawaran program Dermasiswa B40 anjuran JPA ini.
Program Dermasiswa B40 (DB40)
Program ini sebenarnya memberi tumpuan kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat diploma di institusi yang dikenalpasti daripada latar belakang keluarga berpendapatan rendah, iaitu golongan B40 untuk diberikan penajaan.
Objektif utama penubuhan Dermasiswa B40 ini adalah untuk membantu para pelajar lepasan SPM untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, khususnya di peringkat Diploma dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang mempunyai kebolehpasaran yang tinggi dalam industri.
Pada tahun ini, penajaan akan tergunapakai untuk mereka yang ingin melanjut pengajian ke Universiti Awam (UA), Politeknik dan Institut Kemahiran Awam (IKA).
Syarat Mohon Biasiswa Dermasiswa B40
Untuk pengetahuan adik-adik semua, terdapat beberapa syarat umum yang telah ditetapkan sebelum memohon biasiswa tajaan JPA ini, antaranya ialah :
1. Warganegara Malaysia;
2. Mempunyai kesihatan yang baik;
3. Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2022 buat kali pertama;
4. Umur belum mencapai 19 tahun pada tarikh permohonan (20 tahun bagi pelajar peralihan);
5. Ibu dan / atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA;
6. Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama; dan
7. Pendapatan perkapita dalam kategori B40 iaitu RM4,849.00 sebulan dan ke bawah.
Baca Juga :
Cara Mohon Dermasiswa B40
Diingatkan sekali lagi, sebelum mengisi permohonan Dermasiswa B40 ini, anda hendaklah memahami kriteria dan sayarat umum untuk mendapatkan tajaan ini.
Tarikh Tutup Permohonan DB40
Semakan Keputusan Permohonan DB40
Keputusan permohonan penajaan ini akan diumumkan melalui laman sesawang eSILA https://esilav2.jpa.gov.my pada 6 Oktober 2023.
Jika terdapat sebarang perubahan pengumuman tarikh keputusan, ia akan dimaklumkan dalam laman sesawang eSILA.
Sekiranya pelajar tidak mendapat sebarang makluman dalam tempoh 90 hari selepas tarikh keputusan, permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut: https://esilav2.jpa.gov.my
– Iklan DB40
– FAQ DB40
– Sila klik di sini untuk memohon
Sebarang pertanyaan lanjut boleh e-melkan ke [email protected]
(e-mel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja).
Kredit : Mingguankerja