Sebelum ini, Malaysia pernah digemparkan dengan berita bahawa ada pihak yang dipercayai telah mencampurkan beras putih tempatan dengan beras putih import demi mengaut keuntungan yang lebih.
Ini kerana harga beras import dari luar negara tidak dikawal dan harganya akan sentiasa tinggi didorong pula dengan lonjakan harga beras import akibat kenaikan harga beras global.
Untuk makluman, sebelum ini harga bagi beras tempatan adalah RM 2.60 sekilogram, dan selepas pengenalan harga Beras Madani yang baharu harga beras naik menjadi RM 3.50 sekilogram.
____________________
70 Ribu Sudah Bergabung Di Channel Telegram Kami Untuk Dapat Info Bantuan Terkini. Join Sekarang!
____________________
Harga Beras Putih Malaysia Madani
Nasi merupakan makanan ruji rakyat Malaysia dan oleh itu kita mestilah cakna mengenai turun naik harga beras di negara kita.
Beras Putih Malaysia Madani diperkenalkan bagi menggantikan kategori beras putih tempatan dan import di pasaran negara ini bermula 1 Mac ini.
Berikut merupakan senarai harga rasmi beras putih (harga siling) yang ditetapkan oleh kerajaan:
• 1KG – RM3.50
• 5KG – RM15.50
• 10KG – RM30
TENGAH TRENDING 📈
- Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat (RMR) Tahun 2024
- Bantuan MyKasih : Semakan Kelayakan Bantuan MyKasih RM1,200
Perkara tersebut telah diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Menangani Harga Makanan dan Kos Sara Hidup, Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal.
Dalam masa sama, beliau juga berkata, pemain industri beras diberi tempoh untuk mengubah pelabelan dan pembungkusan kampit beras bagi disesuaikan dengan ketetapan baharu itu sehingga 1 Mac ini.
Tiada lagi beras putih bergred tempatan (warna kod ungu) dan beras putih import (warna kod biru muda) di kampit beras putih keluaran pemborong beras bermula tarikh tersebut.
Beras Putih Malaysia Madani
Semua jenis pembungkusan beras dan warna sedia ada dipasaran akan dibenarkan sehingga stok pengampitan di peringkat pemborong habis.
Selepas ini, pembungkusan Beras Putih Malaysia Madani akan diselaras menggunakan reka bentuk yang kini di peringkat lakaran.
“Ketetapan ini dibuat selepas mengambil kira tiada kenaikan harga beras putih selama 18 tahun dengan perkara ini sudah dibentang dan dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Sebelum ini, harga kawalan maksimum beras Super Spesial Tempatan lima peratus (SST5) di peringkat runcit ialah RM2.60 sekilogram seperti termaktub dalam peruntukan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522).
Syed Abu Hussin Hafiz berkata penetapan harga siling Beras Putih Malaysia Madani itu juga muncul sebagai mekanisme menoktahkan tindakan pemanipulasian bekalan beras putih tempatan.
Ini kerana, katanya, segelintir pengeluar sebelum ini dikenal pasti mencampurkan beras putih tempatan dengan kampit beras putih import, bertujuan meraih keuntungan lebih.
“Tindakan ini berpunca akibat tiada kawalan harga ditetapkan bagi bekalan beras putih import, menyebabkan harga barangan berkenaan sentiasa tinggi selain didorong faktor lonjakan harga import akibat kenaikan harga beras global.
“Ia menyebabkan label beras putih tempatan akhirnya ditukar kepada beras putih import atau ia dicampur dan sebagainya, menyebabkan bekalannya sukar didapati di pasaran,” katanya.
Akta Kawalan Harga Beras Di Malaysia
Bagi yang tidak tahu, beras adalah merupakan barang terkawal.
Oleh itu peniaga tidak boleh menaikkan harga sesuka hati terutamanya bagi beras Super Spesial Tempatan 5% (SST5).
Harga kawalan maksimum beras putih tempatan telahpun termaktub di dalam peruntukan Akta Kawalan_Padi dan_Beras 1994 (Akta 522).
Walaubagaimanapun, harga untuk beras putih import tidak termasuk dalam akta tersebut.
Sila rujuk lampiran di bawah untuk melihat harga-harga maksimum beras jualan secara borong dan runcit:
Harga-harga maksimum beras jualan secara borong dan runcit.
Semakan Harga Terkini Beras 5kg & 10kg
Harga ini sememangnya ada naik dan turunnya bergantung pada permintaan dan faktor-faktor lain.
Walaupun jenis dan jenama yang sama, dua kedai runcit yang berlainan juga boleh menjual beras yang sama pada harga yang berlainan.
Antara laman web yang boleh digunakan untuk membuat semakan harga beras terkini adalah Iprice melalui pautan https://iprice.my/groceries/rice/
Sumber: Berita Harian