Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat (RMR) Tahun 2024

Photo of author

By admin

Kerajaan Malaysia dan Syarikat Perumahan Negara Berhad bersetuju akan meneruskan lagi bantuan projek bina rumah yang diberikan khas kepada golongan B40 & M40 yang layak dengan memenuhi semua kriteria yang ditetapkan.

Pihak kerajaan ada berita baik untuk masalah yang dihadapi seperti berikut untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan ataupun daif dibawah Syarikat Perumahan Negeri Berhad (SPNB) yang dipanggil Program Rumah Mesra Rakyat.

Program Rumah Mesra Rakyat 2024 di bawah SPNB diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri dan selesa.

_____________________________________________________

70 Ribu Sudah Bergabung Di Channel Telegram Kami Untuk Dapat Info Bantuan Terkini. Join Sekarang!

____________________________________________________

Rumah Mesra Rakyat (RMR) Tahun 2024

2 Jenis Program Jenis Rumah Mesra Rakyat SPNB :

1. Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M)
2. Rumah Mesra Rakyat Plus (RMRPLUS)

Ciri-Ciri Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2024

Harga RMR adalah berbeza mengikut negeri dan daerah, namun konsep binaannya adalah sama iaitu 1 tingkat dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Berikut adalah harga bantuan bina RMR mengikut negeri:

Semenanjung
– Keluasan Rumah: 750 KPS
– Harga: RM75,000
– Subsidi Pembinaan: RM20,000
– Jumlah Pinjaman: RM55,000
– Anggaran Bayaran Bulanan (16 Tahun): RM300
Pulau di Semenanjung
– Keluasan Rumah: 750 KPS
– Harga: RM85,000
– Subsidi Pembinaan: RM20,000
– Jumlah Pinjaman: RM65,000
– Anggaran Bayaran Bulanan (16 Tahun): RM350
Sabah/Sarawak/Labuan
– Keluasan Rumah: 750 KPS
– Harga: RM75,000 – RM106,000
– Subsidi Pembinaan: RM20,000
– Jumlah Pinjaman: RM55,000 – RM86,500
– Anggaran Bayaran Bulanan (16 Tahun): RM300 – RM470

Artikel Trending 📈

Program RMRIM ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Program RMRPLUS yang mengambil konsep asas Program RMR di mana ianya dikhususkan kepada golongan yang mempunyai tanah sendiri dan tidak memenuhi syarat kelayakan program RMR. RMRPLUS yang mensasarkan golongan di atas. Selain itu, ianya terbuka kepada semua yang berkelayakan mendapatkan pinjaman melalui institusi kewangan atau bayaran tunai untuk pembiayaan kos pembinaan.

Rekabentuk Rumah Mesra Rakyat Tahun 2024

rekabentuk 1   rekabentuk 2rekabentuk 3 rekabentuk 4rekabentuk 5 rekabentuk 6

Syarat Kelayakan Rumah Mesra Rakyat Tahun 2024

1. Warganegara Malaysia
2. Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas
3. Pendapatan bulanan seisi rumah mestilah diantara RM750 ke RM3,000
4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna
5. Tanah/tapak bersesuaian dan bebas dari gadaian/bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah.
6. Pemohon mestilah mendapat kebenaran pemilik tanah tersebut
7. Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk)
8. Tertakluk kepada peruntukan kewangan

Syarat Kelayakan Rumah Mesra Rakyat Tahun 2024

1. Warganegara Malaysia
2. Umur 18 tahun ke atas
3. Mempunyai tanah sendiri atau merupakan salah seorang pemilik atau mendapat kebenaran daripada tuan tanah
4. Keluasan tanah minima 3,750 Kps (50’ x 75’)
5. Berkelayakan mendapatkan pinjaman bank, lain-lain institusi kewangan atau melalui bayaran tunai untuk pembiayaan kos pembinaan

Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2024

Secara Online

• Layari laman web SPNB di https://rmr.spnbonline.com.my/ atau https://spnb.com.my/
• Klik pendaftaran baru dan isi borang dengan lengkap
• Setelah itu, ID Login dan kata laluan akan dihantar ke emel yang didaftar
• Log masuk ke SPNB dengan id dan kata laluan yang diberikan
• Lengkapkan borang yang dikehendaki
• Selesai isi borang, klik Selesai Pendaftaran dan Cetak Borang
• Hantar borang beserta dokumen yang lengkap ke pejabat SPNB atau cawangan SPNB yang berdekatan

Secara Borang

• Borang permohonan boleh didapatkan di Cawangan SPNB dan dihantar kembali kepada SPNB selepas permohonan beserta dokumen sokongan dilengkapkan

Borang permohonan boleh didapatkan di Cawangan SPNB dan dihantar kembali kepada SPNB selepas permohonan beserta dokumen sokongan dilengkapkan

Semakan Status Kelulusan Rumah Mesra Rakyat Tahun 2024

Maklum balas permohonan akan diberikan dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan hanya akan dibuat tertakluk kepada peruntukan kewangan tahunan.

Untuk tempoh pembinaan, tempoh yang diperuntukkan adalah selama 18 bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong dan perjanjian tertakluk kepada terma dan syarat

Dokumen Yang Diperlukan

1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
2. Salinan kad pengenalan tuan tanah
3. Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
4. Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
5. Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
6. Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
7. Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
8. Salinan sijil nikah pemohon
9. Borang laporan tapak bergambar

Tambahan :

1. Surat Pengesahan pendapatan/ tidak memiliki rumah/ memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A
2. SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa

Tanggungjawab Pemohon

1. Mengisi dan melengkapkan borang permohonan
2. Menyediakan jalan masuk ke tapak & tapak pembinaan mengikut spesifikasi
3. Menyediakan sumber bekalan air dan elektrik
4. Membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan
5. Membuka akaun dan membuat pembayaran bulanan (bayaran pendahuluan tiga (3) bulan diwajibkan sebagai sekuriti pembiayaan)

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk sebarang pertanyaan lanjut & info berkaitan dengan Rumah Mesra Rakyat sila layari Soalan Lazim (FAQ) : Klik Sini 

Laman rasmi untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan projek terkini dan yang sedang dijalankan bolehlah layari laman rasmi SPNB. Semoga Bermanfaat.